Tip Motivasi Tips Perniagaan

Dua Perkara Penghalang Kejayaan

Published by:

Bismillah

Ada dua perkataan yang membuat seseorang itu tidak berjaya. Yang pertama adalah dengan perkataan ‘tapi’ dan yang kedua adalah dengan perkataan ‘nanti’. Misal kata saya mengajak seseorang untuk berniaga dan jawapannya berbunyi begini “Tapi saya tidak tahu nak meniaga macam mana?” Perkataan tapi akan menjadi punca kepada alasan seterusnya tiada sebarang perubahan kejayaan yang dapat kita kecapi mungkin akan jadi lebih teruk lagi.

Satu lagi adalah perkataan nanti. Selalu apabila kita mengajak melakukan perubahan kepada sesuatu yang lebih positif akan dijawab denghan perkataan nanti. “Ah, nantilah aku usahakan…” Soalnya bila? Tiada matlamat jelas telah dibuat. Seperti tiada kesungguhan. Walhal semua ini adalah rahsia kepada kejayaan yang semua orang kehendaki. Continue reading

Tip Motivasi Tips Perniagaan

Bila Tahu Minat Dalami Dengan Teknikal. Belajarlah…

Published by:

Bismillah

Adakah anda mempunyai impian menjana wang melalui bisnes? Saya sudah pun bermula bisnes dari apa yang ada di tangan (modal sedia ada). Saya buat apa yang saya perlu buat bagi permulaan saya membuat bisnes. Itulah hebatnya kuasa bertindak. Tetapi sebelum itu saya perlu ada pengetahuan dan kajian terutama dalam ‘pemasaran’ yang meliputi 60 peratus dari tiga aspek perniagaan iaitu yang selebihnya adalah ‘membuat’ sebanyak 30 peratus dan 10 peratus adalah melibatkan ‘pengurusan’nya.
Info Tip Motivasi Tips Perniagaan

Melayu Bunuh Bisnes Melayu – Mitos ke Real ?

Published by:

Bismillah

Entri ini ditulis kerana memandangkan situasi yang berlaku baru-baru ini. Bukan kerana orang melayu beli dengan kaum lain. Bukan kerana orang melayu berbelanja besar membeli di TESCO, GIANT, CARREFOUR atau pasaraya lainnya. Bukan kerana itu. Sebab kenapa kita sebagai orang melayu tidak membeli dikedai orang melayu memang ada banyak sebabnya. Mungkin sebab tiada orang melayu yang membuka kedai di situ atau mungkin kedai orang melayu tidak begitu lengkap (itu kita sendiri sebagai peniaga perlu atasi) dan banyak sebab lain.

Info Tip Motivasi Tips Perniagaan

Kedai Cantik tapi Tiada Pengunjung?

Published by:

Bismillah

Kita selalu berangan bila kita bina kedai macam ni kita akan untung besar. Kalau kita buat banner atau signboard macam ni ramai orang akan tertarik. Kalau kita buat konsep yang begini akan laku keras… Tapi pernah tak kita membuat kajian atau paling tidak pun menjadikan diri sebagai pelanggan atau orang awam bukan sebagai taukeh kedai? Ini penting kerana apa yang kita lakukan itu sedikit sebanyak pun adalah suatu perbelanjaan atau kos yang kita perlu tanggung. Kalau kita syok sendiri takut-takut kitalah yang akan jadi taukeh dan kita juga yang akan jadi pelanggan kedai kita. Toit toitt toittt… (Ada sound effect..).

Continue reading