Tips Perniagaan

Bagaimana dialog boleh menjadi ayat jualan?

Bismillah..

Tentu anda pernah mengajak kawan anda bagi mengikut anda ke suatu tempat yang anda suka agar dia dapat menemankan anda. Anda mesti pujuk dia. Anda mesti beritau dia tempat tu best bagi meyakinkan dia dan membuat dia berasa bersemangat dan mahu mengikut anda.

Situasinya bolehlah saya gambarkan dalam perbualan dua orang rakan seperti di bawah.

tarikan bisnes

Nabil : Zan, kau nak buat bisnes kan? Jom kita pi kelas bisnes mekanikbisnes kat Kluang nak tak?

Zizan : Ala belajar yang macam mana ni..?

Nabil : Kau akan dapat tau cara pemasaran yang betul dan income kau akan bertambah..

Zizan : Huhhh.. Malas lah jauh..

Nabil : Apa la kau ni, dia buat hari kau offday la.. Lagi pun POWER la kelas dia..! Dulu aku pernah pergi memang best laa..

Zizan : Huh.. Bila? Kul berapa?

Nabil : Jam 8 pagi sampai 5 petang, hari Sabtu.

Zizan : Aku malas lah.. Aku tengah kering ni.. (alasan taknak pegi)

Nabil : Apa da kau ni. Janganla nak kelentong aku.. Yuran baru RM150 je, siap bagi ebook PERCUMA lagi.

Zizan : Oh ye ke.. Bagus tu.. Ok boleh la.. Jom..!

Nabil : Jangan kau tak jadi hari Sabtu ni. Nanti aku daftarkan kau. Aku belanja sebab daftar dua orang dapat murah.. Aku takut nanti lepas ni dia akan naikkan yuran kelas ni tau..

Zizan : Alamak! Ok. Aku confirm!

Lihat dan perhati. Secara tak sedar kita sebenarnya pernah mempengaruhi orang agar ikut kehendak kita. Cuba kita olah dia jadi ayat jualan atau copywriting.

Dalam perbualan ni kita akan dapat rumuskan bahawa..

  1. Orang nak ikut kita bila mereka percaya dan yakin kat kita. Bermakna dia dah kenal kita. Ia adalah berkaitan JENAMA.
  2. Apa MANFAAT dan KELEBIHAN produk yang dapat diketengahkan.
  3. TESTIMONI dari orang yang dipercayai.
  4. TAWARAN yang kita dapat berikan.
  5. Berikan unsur BIMBANG tawaran terlepas.
  6. ACTION. Ingatkan mereka agar segera ambil tindakan.

Ok camtu la. Kita tahu apa kelebihan produk atau servis kita terlebih dahulu. Siapa sasaran bagi produk kita. Kemudian kita bayangkan perbualan seperti di atas dan mula menulis.

Amacam? Ok tak idea ni? 🙂

Semoga berjumpa lagi dengan lain-lain tips bisnes ya… Adios!

*Perbualan di atas tiada kena mengena dengan pelakon Nabil Ahmad atau Zizan Razak Raja Lawak ataupun samada dialog lakonan terbaharu mereka sekalipun. Ini adalah untuk contoh kefahaman semata-mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *