Tip Kewangan Tips Perniagaan

Empat OP yang melajukan perniagaan anda #2

Bismillah..

duit orang

Apa empat OP tu ye..

  1. OPM – Other People Money
  2. OPE – Other People Effort
  3. OPT – Optimization
  4. OPP – Opportunities

Ini adalah sambungan dari bebelan huraian saya yang saya dah tulis iaitu OPM dan OPE yang saya dah bicarakan pada pos yang lepas. Nak tahu klik sini<<

Sekarang sambungan lagi dua iaitu OPT dan OPP.

Ok seterusnya…

OPT

Optimization dan Opt-in

Anda sudah tentu nak duit lebih banyak, untung lebih besar kan?

Huh…

Dah agak dah..

Hehe saya pun sama juga laa.. Itu fitrah manusia.

Jadi, kalau nak pendapatan kita bertambah kena guna semua tenaga, ilmu, kudrat, kemahiran, bakat dan apa kelebihan yang kita ada. Tak cukup dengan tu gunakan pula kelebihan orang lain seperti OPM, teknik leverage dan teknik lain yang saya dah berikan dalam blog saya.

Seorang usahawan, dia tak cukup sekadar menjual. Seorang usahawan sebenarnya lebih dari tu. Dia seorang pencipta. Dia mencipta dari ideanya dan inovasi dari idea orang lain. Seterusnya dia mencipta peluang bisnes atau pekerjaan pula pada orang lain.

Saya dah cakap, kalau nak kupas satu persatu banyak. Sukar nak muatkan dalam satu post ni. Anda kena tunggu tips yang akan datang dalam blog ni. Kalau boleh sabar la.. Hehe..

Ok, saya beri beberapa contoh bagaimana anda dapat mengoptimumkan kelebihan anda sebagai usahawan dan seterusnya memaksimumkan pendapatan anda semaksimum yang mungkin.

Anda tahu satu ilmu. Cukup satu dulu. Jangan tamak. Fokus-fokus-fokus.. kemudian anda..

  • Tulis menjadi buku atau ebook.
  • Jadikan video atau audio
  • Buat kelas, seminar, bimbingan peribadi dan seumpamanya.

Ha.. benda tu semua boleh dijual dan jana pendapatan dari servis bagi perniagaan anda.

Nak tahu lagi ke?

Ok satu lagi…

Gabungkan idea kita dengan idea orang lain. Contoh jika anda seorang pembuat roti. Ada orang lain, mahir buat aiskrim. Gabung jadi apa? Roti inti aiskrim atau krim dari aiskrim. Atau cafe roti dan kek kemudian ada hidangan pencuci mulut iaitu aiskrim. Ok nampakk.. Itu contoh je. Anda boleh buat lebih hebat dari contoh ni..

Berkenaan dengan OPT-In. Opt-In yang saya maksudkan adalah tools pemasaran online iaitu autoresponder. Ia merupakan simpanan database pelanggan yang telah subscribe langganan mereka melalui e-mel. E-mel merupakan satu lagi KUASA BESAR pemasaran. Semakin ramai data pelanggan yang anda dapat simpan, semakin banyak duit anda, anda dapat buat untung berulang-ulang dan dapat disebarkan pada semua subscribers dengan hanya sekali klik!

Jadi, ia dapat menjimatkan masa dan lebih rileks..!

Ok la itu je la ye, saya nak berpindah ke OP yang terakhir dalam post ni iaitu..

OPP

Opportunities – Peluang

Sebagai seorang usahawan dia sepatutnya tidak sahaja menunggu peluang. Usahawan sepatutnya lebih dari itu. Dia mencipta peluang.

Apa peluang yang anda dapat cipta?

Saya bagi satu contoh. Setiap penduduk di sebuah kawasan rumah pangsa mengalami kesukaran untuk mandi membasuh kenderaan mereka. Anda nampak apa peluang yang anda boleh cipta? Anda buatlah servis cuci kereta bergerak. Air jangan bimbang, boleh kawtim dengan penduduk disitu. Jika terpaksa guna air persendirian, bayar je berapa yang sepatutnya. Gunakan kuasa rundingan..

Apa lagi kalau masalah penduduk rumah pangsa ni atau apa masalah penduduk di mana-mana pun berada? Masalah masa? Masa untuk apa? Hohoho.. Banyak.. Masa nak basuh baju, melipat baju, mengemas, nak sediakan makanan untuk keluarga.. banyak bukan? Ok pecahkan, ambil satu yang mana anda dapat sediakan servis terbaik buat mereka.

Nak ambil semua?

Huhu.. tamak ni.. Takpe dalam bisnes ok je. Tapi anda kena besarkan perniagaan anda. Cari pembantu atau pekerja untuk uruskan. Bila ada pembantu yang mencukupi servis akan jadi tip-top. Jangan jadi nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong bersepah-sepahberciciran..

Dah la tu ye.. Dapat idea?

Kalau rasa tip ini bermanfaat, share je..

Jumpa lagi, wassalam..

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *