Tips Perniagaan

Bagaimana mencipta sistem perniagaan sendiri yang memudahkan urusan kerja.

Bismillah

sistem perniagaan

Dalam diri seorang usahawan ada 3 pekerja penting dalam diri mereka.

  1. Pembuat
  2. Pengurus
  3. Pengusaha

Jika anda nak buat semua kerja konon nak jimat kos tetapi masa anda sentiasa sibuk dan tak cukup. Anda akan stress. Sepatutnya anda ada masa untuk diri anda dan keluarga.

Sebab itu bila ada urusan kecil-kecil tetapi penting adalah lebih baik jika ada orang lain yang uruskan. Ia lebih berbaloi daripada anda perlu jimatkan kos operasi bisnes.

Bila kita nak kembangkan bisnes kita, kita dah tak boleh jalankan bisnes itu seorang diri. Kita memerlukan suatu sistem bagi membantu kita menjalankan bisnes kita.

Jadi kita perlukan satu sistem kerja yang kemas dan teratur mengikut standard yang kita mahukan atau SOPStandard Operating Procedures.

Bila kita sediakan satu sistem bagi setiap pekerja dibahagian masing-masing bukan sahaja urusan perniagaan anda semakin mudah, bahkan kalau anda sakit sekalipun perniagaan anda mampu berjalan sendiri tanpa anda.

Ada beberapa istilah yang digunapakai bagi menggambarkan sistem kerja untuk pekerja kita. Saya nak guna perkataan prototaip. Lihat bisnes berasaskan franchise. Bukan la saya nak suruh anda buat bisnes franchise dalam post kali ni, tetapi saya nak anda lihat sistem bisnes tersebut.

Contohnya saya ambil contoh sistem francais restoren KFCKentucky Fried Chicken. Kita dapat lihat :

Pekerja yang ambil order. Pekerja ini dah diberi tugasan yang mereka perlu ikut. Sudah hafal jika ada pelanggan pesan ‘dinner plate’ ke ‘snack plate’ ke ‘Combo bucket’ dan lain-lain. Mereka cekap dan biasanya tidak ada satu ketul ayam atau kepingan daging burger yang tertinggal bersama set yang pelanggan pesan. Sebab mereka tahu tugasan yang perlu mereka buat.

Sehingga produk tu pun bersistem termasuk saiz salad, sistem letak tray dan lainnya. Takde la salad diletak atas bun burger (huhuhu..). Salad tetap diletak di atas daging burger. Itulah sistem. Dari A hingga Z ia dilihat teratur. Dan pekerja mesti patuhi sistem kerja mereka.

Begitu juga di bahagian dapur seperti tukang masak. Mereka tahu nak letak tepung berapa banyak. Sukatannya tetap, berapa minit untuk set timer dan sebagainya.

Sebab itu, jika anda pergilah mana-mana restoren KFC, rasa ayamnya tetap sama. Rasa kentang lenyek pun sama, bentuk hidangannya pun sama. Betul tak? Kannn..

So, kita jadikan sistem seperti di KFC tu diolah pula kepada bisnes kita. Sebab tu, bila anda nak kembangkan lagi bisnes dan cawangan, jika ada sistem yang anda mahukan, ia akan sama dengan cawangan yang lain. Anda perlu tulis atau latih siap-siap kakitangan anda. Setiap jabatan ada tugasan yang perlu dibuat mengikut apa yang anda mahukan.

So, jangan stress lagi. Anda dah tak boleh buat sorang-sorang kalau nak kembangkan bisnes. Ini termasuk hal jualan, pemasaran dan lain-lain tu perlu ada bahagian atau jabatan yang uruskan mengikut keperluan atau strategi anda.

Anda sekarang usahawan. Usahawan akan berusaha mengembangkan bisnes agar lebih maju. Jangan beratkan dengan hal remeh. Semua benda anda nak buat. Berikan pada mereka hal kecil tersebut kepada yang mahu bekerja dengan anda.

Sekarang kita dah ada sistem yang membantu bisnes agar dapat berkembang lagi.

Amacam? 😀

Dah dapat idea?

Ok jumpa lagi..

Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *