Bisnes Online Irfan Khairi Tip Motivasi Tips Perniagaan

Rahsia JUTAWAN Internet Irfan Khairi.

Buku rahsia jutawan internet

Bismillah,

Siapa yang belum kenal Irfan Khairi angkat tangan..!

Hehehe..

Tak kisahlah kenal ke tidak. Tapi di zaman saya, saya menganggap beliaulah jutawan perniagaan internet melayu yang pertama di Malaysia yang menjadi perbualan dan tersohor waktu tu. Sehingga sekarang, beliau masih mengekalkan momentum jutawan tersebut.

Menjadi jutawan seawal usia 25 tahun. Pada waktu tu saya belum kenal beliau lagi sehinggalah pada tahun 2007 saya terbaca akhbar mengisahkan kejayaan beliau seterusnya menjadi tarikan minat saya yang pada ketika itu hanya menjalankan bisnes mail order konvensional.

Bermula dari itu saya mula aktif di internet. Mendapatkan maklumat berkenaan Irfan Khairi, membeli produk-produk beliau, seminar beliau yang membuatkan tertelan air liur bagi saya (kad kredit kan adoo..) apa ada hal, nak jumpa jutawan kann.. nak sedut aura dia sekali. Pastu buat personal coaching online dengan dia, pastu barulah nampak perubahan bisnes saya..

akhbar irfam khairi

Itulah sebab yang menjadikan Irfan Khairi sebagai sifu dan mentor saya.

Oh ye, bagaimana beliau boleh jadi seorang jutawan?

Hahaha.. 😀

Mana saya tahu. Saya bukan Irfan Khairi. Itu kan RAHSIA beliau..?

Kwang kwang kwanggg…

RAHSIA adalah perkataan yang selalu digunapakai oleh kami para IM (Internet Marketer) pada waktu itu bagi menjadi popular, membuat tajuk ebook dan menaikkan trafik di enjin carian termasuklah perkataan JUTAWAN. Ini semua fenomena yang dibawakan Irfan Khairi pada waktu tu.

Ok lah. Sebenarnya apa yang saya nampak kenapa beliau boleh jadi jutawan adalah seperti berikut : Ini adalah kerana beliau…

  • Cintakan ilmu
  • Sentiasa termotivasi
  • Kuat berusaha.
  • Menggunakan teknik seperti leverage, OPM, OPE, OPP dan OPT yang saya pernah tulis dalam blog ni.
  • Menggunakan kelebihan dirinya seperti ilmu dan bakat.
  • Menjual produk dan servis pendapatan aktif dan pasif, menambahkan kepelbagaian dari hanya satu produk.
  • Membina networkingnya sendiri.
  • Membina database maklumat pelanggan.
  • Promosi yang konsisten termasuk mendapat liputan akhbar, TV dan media yang lain.
  • Mengguna dan manfaatkan pelbagai channel bagi promosi.
  • Banyak guna pendekatan softselling dan membina branding.
  • Banyak guna pemasaran percuma yang bijak tapi masih ramai orang tak buat.

Huh.. banyak la pulak.

Rasanya cukup la tu ye sebagai tip dan motivasi buat anda. Itulah saya rasa antara sebab kenapa beliau menjadi jutawan.

Jumpa lagi.. Wassalam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *