Tip Kewangan Tips Perniagaan

BR1M – Peluang Jana Pendapatan

Bismillah,

Alhamdulillah, semasa entri ini di tulis, ramai yang dah dapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M. Saya tak perasan, sepatutnya saya sudah pesan sebelum BR1M itu diperolehi, jadi dapatlah buat perancangan ye tak? Tak pe, jika dah lepas, buat perancangan jika dapat tahun yang berikutnya. Tak kisahlah kalau bukan BR1M sekalipun, jika kita dapat wang tambahan bukan sepatutnya kita enjoy. Jadi… Anda buat apa duit tu? Belanja keperluan keluarga? Adakah kita tambah pelaburan untuk menjadikan wang itu lebih membawa keuntungan buat kita?
BR1M.. Hobi Menjadi Duit
Hairizal Hamidon : Hobi Menjadi Duit

 

Ketika mula-mula satu Malaysia di umumkan akan dapat BR1M pada tarikh yang ditetapkan, ibu saya mengadu kepada saya wangnya telah diragut seseorang ketika membeli belah di pasar. Itu cerita lain. Ibu meminta bantuan saya untuk memberikan tunai kepadanya. Saya sedari saya tiada tunai sebanyak itu dan terpaksa pergi ke ATM(Auto Teller Machine) untuk mengeluarkan wang simpanan. Perghhh.. ramai orang daaa… Adakah ada orang mengeluarkan duit BR1M? Takut tak dapat duit BR1M tu ke? Atau saje-saje nak periksa akaun?
Kalau kita keluarkan duit tu untuk belanja, kita rugi sebab BR1M bukan dapat tiap-tiap bulan. Habis tu bulan depan nak harapkan apa? Macam ni.. Kalau nak untung, kita tambah la pelaburan, tambah modal untuk berniaga samada bisnes sepenuh masa ke atau mahu membuat bisnes sambilan ke bukankah itu lebih baik? Sedangan RM 1 juta kalau diberikan pada bukan ‘ahli’nya pun akan habis sekelip mata inikan pula yang nilainya cuma ratusan ringgit?
Jadi, gunakan apa yang kita dapat dengan bijak. Inilah peluang bagi kita jana pendapatan dengan memulakan perniagaan (TANPA RISIKO). Jika terpaksa untuk keperluan, silakan. Tetapi, bukan peluang untuk habiskan duit, kemudian ternganga lagi bulan berikutnya. Maaf, kali ini bahasa agak kasar sedikit sebab sebenarnya saya sayang anda semua. Buatlah pelaburan bukan menghabiskannya ye?
Wassalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *