Bisnes Online Tip Pemasaran Tips Perniagaan

Teknik Iklan di Facebook

Bismillah…

Sebenarnya jika nak senaraikan teknik beriklan di facebook banyak. Tapi di sini saya cuba memberikan tips yang paling utama terlebih dahulu.
Memandangkan facebook adalah satu laman sosial yang paling tip top masa ini, dengan secara automatisnya pastinya bagi seorang peniaga yang ingin promosikan jualannya akan mengambil kesempatan berniaga di facebook memandangkan jumlah ahlinya sudah mencecah 1.19 billion pengguna aktif bulanan. Cuma masalah yang selalu dihadapi bila peniaga mengiklan tetapi tidak ramai yang membeli produk mereka. Adakah terdapat mana-mana kesilapan?
Di bawah saya senarai dahulu kenapa tiada jualan yang terhasil.
Iklan tidak banyak di respon pembaca.. Antara sebabnya adalah :
  • Lihat produk apa yang kita jual. Adakah ia adalah produk yang baharu atau kurang diminati. Kaji produk yang HOT di pasaran.
  • Masa mengiklan yang tidak di selaraskan kesesuaian tarikh dan masanya. Jangan mengiklan di musim perayaan (sebagai contoh). Pause atau berhentikan sementara masa iklan dikeluarkan kepada masa yang ramai pengguna facebook sedang aktif. Jangan membiarkan iklan berjalan ketika orang lain sedang lena dibuai mimpi.
  • Gambar atau imej pada iklan. Adakah ia membantu atau menarik orang untuk klik iklan kita?
  • Tajuk iklan (header) tu adakah menarik atau membuatkan pembaca teruja untuk klik dan seterusnya membaca ayat jualan sebenar.
  • Dalam iklan bila ada tajuk iklan atau header pasti ada ayat penarik yang lebih memberikan maksud kepada header atau dikenali sebagai sub header. Adakah ia membuatkan orang teruja?
  • Buat iklan yang membuatkan pembaca ingin tahu. Kemudian PM
  • Tidak praktik teknik TANYA.
Iklan banyak di respon pembaca tetapi tiada jualan terhasil. Cuba lihat kepada…
  • Sasaran pengguna. Adakah kita telah mensasarkan pengguna tertentu? Sasaran mesti niche, sebab sekarang jenis produk dan pesaing sudah terlalu ramai.
  • Jualan tidak spesifik. Contoh jika kita menjual produk yang pelbagai khasiat. Cuba kaji antara khasiat yang paling ramai orang perlukan. Contoh khasiat menyembuhkan pelbagai penyakit. Cari satu sahaja khasiat dari produk tersebut. Katakanlah kajian menunjukkan ramai pesakit kencing manis di Malaysia. Menurut statistik golongan mana paling ramai? Jadi kita kena kecilkan dan tumpukan sasaran kepada jenis penyakit dan golongan tersebut.
  • Ayat jualan tidak mendorong pembaca menjadi pembeli. Tidak ramai yang tahu teknik menulis surat jualan. Tetapi ia boleh dipelajari. Jika anda punyai modal yang lebih, kenapa tidak mengupah je mereka yang pro dalam surat jualan yang POWER ni. Modal akan menjimatkan masa anda.
  • Tiada testimoni pengguna. Bagi produk yang baru memang sukar untuk dapatkan pembeli dan membuktikan keberkesanan produk. Nak cepat, berikan produk itu percuma kepada beberapa orang. Tidak rugi melabur kepada mereka yang memerlukan. Pahala lagi anda akan dapat.
  • Tiada kemudahan cara-cara untuk membeli atau memberikan jaminan kepada produk atau penghantaran.
  • Rakan FB anda tu rakan yang bagaimana? Umum sangat memang sukar. Cuba cari rakan dari minat yang berkaitan dengan produk/servis anda. Kat mana nak dapat? Nak kena belajar tu..
Ok, cuba perbaiki dahulu yang mana saya senaraikan di atas. Buat masa ni itu sahaja tips yang saya dapat berikan dahulu.
Jumpa lagi.. Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *