Bisnes Online Tip Motivasi Tips Perniagaan

Paparan Web atau Blog Anda

Bismillah,

Ketika ini saya sedang menyusun tajuk-tajuk untuk di keluarkan berkenaan pemasaran internet. Sebelum ini saya lebih banyak berkongsi tips dan motivasi berkaitan perniagaan offline konvensional. Sebab itu ada perkara berkaitan pemasaran internet yang telah ramai orang tahu, tapi saya tidak kisah sebab saya tahu masih ramai dari kita yang tidak tahu teknik sebenar perniagaan internet. Mungkin kita pernah tahu tapi tidak faham. Bila banyak membaca dari sumber yang berbeza baru faham maksud sebenar.
Aiman tak kisah, dunia pemasaran sentiasa atau selalu berubah. Jadi apa yang akan saya hasilkan nanti saya mahukan ia di beri dari pendedahan lebih terkini. Ada seorang sahabat IMer yang telah menghasilkan buku yang kini ada di pasaran juga seakan mengeluh kerana buku yang baru dihasilkannya berkenaan pemasaran dan teknologi internet perlu sentiasa dikemaskini.
Haha.. Itu baru mukaddimah, baiklah tanpa membuang masa lagi seperti tajuk di atas, paparan web dan blog adalah amat penting. Walaupun isi sesebuah laman web atau blog itu lebih utama, tetapi jika paparan bagi sebuah web/blog yang menyakitkan mata, tidak cantik, tidak menarik, yang tidak ada keselesaan untuk membaca akan hanya menarik pengunjung tetapi peratusan yang tinggi bukan untuk pengunjung berulang.
Menghasilkan pembeli dari kunjungan pertama adalah sangat rendah. Sebab itu bila sebuah laman web atau blog yang menarik akan menarik pengunjung berulang untuk singgah lagi ke web/blog kita. Selain itu isi sesebuah blog, keselesaan bagi membaca serta yang bermanfaat dan konsisten perlu dititik beratkan. Rangkuman ciri-ciri kesemua itu akan memberi lebih banyak peluang blog dikunjungi pembaca yang setia.
Dulu bila saya rasa saya sudah pandai buat sebuah laman web yang menarik, rupanya masih dikritik oleh sifu saya dengan mengatakan ia tidak profesional. Mulanya terperanjat dan sakit hati juga, tetapi sebagai anak didik, saya akur dan cuba melihat dan mengkaji persembahan web atau blog orang lain. Saya berusaha agar menjadikan laman web saya lebih menarik dan gembiranya saya bila perjumpaan berikutnya sifu saya terperanjat dengan perubahan laman web saya dan memuji-muji saya.. (terus kembang hidung.. hoho..)
Saya nak berikan tips sebenarnya banyak kerana setiap orang lain keperluannya. Jadi apa yang saya nak sarankan adalah, lihat, kaji dan belajar berkenaan blog atau laman web orang lain yang lebih menarik. Jangan lihat paparan yang disediakan percuma seperti di blogspot. Saya tak nampak ia profesional kerana mana-mana kita pergi corak desainnya semuanya sama.
Saya akan memberikan tutorial bagi anda yang memerlukan di MEKANIK BISNES atau jika anda hanya mahu mengupah saya untuk menghasilkan blog yang lebih bersifat peribadi maksudnya tiada persamaan dengan kebanyakan orang lain boleh mengupah saya di SIFU.
Bukanlah entri ini adalah untuk promosi semata-mata. Tapi saya dulu macam tu juga. Kadang-kadang dengan hanya sedikit cubitan atau sekali orang lain tepuk bahu kita, baru kita tersedar yang kita perlu untuk berubah demi kejayaan kita untuk masa-masa akan datang.
Ok jumpa lagi, wassalam!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *