Bisnes Online Tip Pemasaran Tips Perniagaan

Bisnes Internet – Jana Pendapatan Tanpa Autoresponder

Bismillah…
Apa khabar sahabat? Sebenarnya sekali lagi saya berasa bertanggungjawab bagi memajukan bisnes kuih ibu saya. Saya memberi idea, buat dan buktikan kepada ibu saya bahawa idea saya ni akan membuahkan hasil. Kini saya cuba membantu ibu dalam pembuatan makanan sejuk beku. Daripada berbagai perisa karipap, kepada samosa dan terkini lem sardin. Apa itu lem sardin? Saya akan bercerita kepada peserta personal coaching saya nanti.
Saya sebenarnya seorang yang seni dan kini memupuk bakat kreativiti saya. Kira-kira kalau saya jual idea-idea saya, boleh kaya agaknya.. hehe..
Sebenarnya hari ini saya mahu memberikan tips berkenaan teknik berkaitan Database bagi perniagaan konvensional atau offline. Tak apalah, saya akan memberi beberapa tips berkenaan database bisnes online dahulu.
Ramai diantara kita sebenarnya dah tahu berkenaan sistem pengumpul e-mail prospek yang dipanggil autoresponder. Walaupun sudah ramai yang mencuba menggunakannya, tetapi masih ramai yang gagal menjana pendapatan yang diharapkan. Kenapa?
Saya melihat kurangnya teknik berkaitan dengannya. Itu yang saya nak ‘polish’ berkaitan ini bagi mereka yang nak minta saya memberi panduan dalam personal coaching di ‘Mekanik Bisnes‘.
Memandangkan autoresponder adalah sangat penting bagi peniaga bisnes internet, saya sangat mengesyorkan anda yang serius menggunakan autoresponder berbayar seperti Aweber dan Getresponse. Paling tidak pun gunalah Norabots sebab ia adalah antara autoresponder termurah. Bagi yang nak kenal autoresponder percuma boleh juga menggunakan seperti Listwire seperti yang pernah saya syorkan di dalam blog ini dahulu. Tetapi yang terbaik adalah gunakanlah autoresponder yang berbayar.
Saya pernah guna Getresponse antara autoresponder yang terbaik dan saya pernah juga guna Norabots. Kini saya tidak dapat gunakannya sebab saya tidak dapat uruskannya sendiri alasannya saya tidak mahu orang lain uruskannya dan saya sibuk dengan bisnes konvensional saya. Tapi lepas ni saya akan terus gunakan autoresponder dan cadangan saya adalah kali ini untuk mendapatkan dari Aweber pula.
Jadi, boleh tak kita berniaga online tanpa autoresponder? Jawapannya, boleh aje… Tetapi saya andaikan jika kita tidak menggunakan autoresponder, pendapatan yang boleh dicapai seperti RM50,000 hanya boleh dapat RM5,000 ajelah…
Sikit pun sikitlah yang penting ada pendapatan… Oh!
Bagaimana caranya?
Tips yang akan saya berikan di sini adalah…
  • Konsisten setiap hari.
  • Berkawan dan beretika
  • Profil yang sama.
  • Gunakan kelebihan

 

Semua ini anda hanya perlu fokus kepada blog, forum dan facebook.
Secara ringkasnya saya akan terangkan seperti di bawah…
Konsisten setiap hari.
Anda perlu update status setiap hari secara konsisten sekurang-kurangnya lima kali sehari di laman sosial paling popular iaitu di facebook. Add lah seberapa ramai rakan yang berpotensi menjadi pelanggan atau rakan bisnes. Berikanlah komen yang positif, join group niche bisnes anda dan aktiflah di sana secara konsisten.
Di forum yang aktif ahlinya, anda juga perlu aktif seperti di fb, cuma tak semestinya anda perlu update seperti di fb, tetapi anda perlu juga aktif memberikan komen yang kena pada tajuk perbincangan dan positif.
Di blog anda sendiri, perlulah konsisten dalam menulis dan memberikan komen pada blog blogger yang popular. Letaklah link laman web anda di sana.
Berkawan dan beretika.
Jaga perasaan rakan anda, jangan timbulkan persengketaan dan bahasa yang menyakitkan hati.
Profil yang sama
Adalah lebih baik gunakan nama dan foto profil yang sebenar pada semua tempat yang saya nyatakan di atas agar anda mudah dikenali dan diingati. Ia adalah antara salah satu proses yang pantas membentuk jenama anda sendiri.
Gunakan kelebihan
Tidak semestinya anda mengkaji kelebihan diri anda yang positif sahaja. Apa yang saya maksudkan adalah gunakan sumber iklan bagi promosi jenama yang sedia ada pada laman-laman tersebut seperti meletakkan signature, backlink atau link yang dibenarkan dan banyak lagi.
Platform Penyimpan Database Pelanggan
Autoresponder sebenarnya penting bagi peniaga online. Ia bukan sahaja dapat memberi tips untuk branding, autoresponder juga dapat menyebarkan info, promosi dengan sekali klik kepada semua prospek dan pelanggan yang ada dalam database kita. Ia juga dapat menyimpan maklumat pelanggan sebagai senjata keuntungan yang berlipat kali ganda dengan mudah.
Bagi saya yang jana pendapatan yang kebanyakannya melalui perkhidmatan, dahulu saya kurang gunakan autoresponder kerana dengan blog dan ‘permainan SEO’ sahaja sudah tak menang tangan dibuatnya (itu pun jika anda tidak gajikan staff).
Autoresponder tak lah wajib. Tapi sekurang-kurangnya simpanlah nombor telefon(WhatsApp), e-mel atau alamat prospek pelanggan. Mungkin anda boleh dapatkan melalui group / fanpage facebook, Whatsapp dan seangkatan dengannya. Kemudian masukkan ke dalam aplikasi seperti Excel untuk kegunaan anda di masa hadapan.
Oklah saya pun dah penat menaip, sebab itu saya syorkan bagi anda agar jadi peserta personal coaching saya sahaja. Kerana akan ada lebih banyak tips yang akan saya berikan. Ok jumpa lagi…
Wassalam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *