Tip Motivasi

Jika Anda di berikan RM 1 JUTA ! Apa yang Anda nak Buat ?

Bismillah

Bila ada sambutan Maulidurrasul, kebiasaannya setiap tahun saya akan ke masjik jamek. Selain bagusnya ceramah agama yang di adakan, acara yang terakhirnya adalah makan! Hahaha.. Saya sebenarnya datang bukanlah untuk makan nasi minyak maulidurrasul semata-mata tetapi saya datang kerana seronok untuk makan bersama-sama jemaah yang hadir makan satu hidang (dulang) 3-4 orang!

Semalam petang juga saya dikunjungi jiran lama rumah saya yang berbual beberapa topik. Topik yang paling best jiran saya tu adalah berkenaan tuntutan harta pusaka bernilai jutaan ringgit. Baru-baru ni ada di wawancara di salah sebuah TV tempatan. Kini tinggal 20-30 peratus sahaja proses untuk mendapatkan kembali tuntutan tersebut. Oh.. Rezeki orang siapalah yang tahu ye tak?

Namun begitu saya tidak mahu hanya berharap kepada nasib semata-mata ibarat menunggu buah yang tak gugur. Saya perlu berusaha kerana saya percaya setiap orang punyai rezeki masing-masing. Yang tinggal lagi hanyalah berusaha untuk mendapatkannya. Nilai RM 1 juta masih dianggap besar oleh masyarakat kebanyakkan dikala ini. Tetapi saya nak tanya anda, jika anda mendapat RM 1 juta apa yang anda mahu lakukan dengan wang yang sebesar itu?

Hehe.. Jika soalan itu ditanya pada saya, wang berjumlah 1 juta itu, saya akan lupuskan segala hutang-hutang yang tinggal dan menambah ke dalam akaun amanah saham. Tetapi jika lebih dari jumlah tersebut sebagai tambahannya, saya akan mengukuhkan ekonomi iaitu meluaskan lagi perniagaan dan membantu badan-badan amal yang mana termampu. Kerana wang tersebut telah mengukuhkan lagi ruang-ruang yang kosong yang belum terisi dalam kehidupan. Walaubagaimanapun itu adalah niat saya jika tiada keperluan yang lebih memerlukan.

Berangan-angan tu boleh. Orang-orang yang telah berjaya sebelumnya juga memasang angan-angan, tetapi biarlah dengan usaha yang bersungguh dan berterusan hingga matlamat tercapai. Di samping itu bagi umat islam, kita perlu sentiasa berdoa, mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang. Rezeki pasti akan datang. Takkanlah kita hanya berserah semata-mata umpamanya sebagai contoh jika kita lapar dan memerlukan makanan. Makanan tidak akan sampai dengan sendirinya dan masuk terus ke dalam mulut jika kita tidak berusaha bagi mendapatkan makanan itu dan menyuapkan makanan itu ke dalam mulut.

Rumusannya, kita jangan terlalu berharap nasib yang baik akan datang kepada kita tanpa kita berusaha ke arah itu. Teringat saya kepada pepatah orang melayu, “Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu?” Sambil berusaha untuk kesenangan hidup, biarlah diusahakan berterusan kerana kita tidak tahu bila dan di mana rezeki Allah nak beri pada kita. Usaha dahulu!

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *