Info

Membuat Urusan di Saat Akhir

Bismillah

*Pos kali ini adalah arkib yang di ambil dari blog saya sebelum ini. Harap maklum.

Pada kali ini saya agak kelewatan menulis blog. Almaklumlah hari isnin. Tapi kali ni diluar dari kebiasaan. Dan pada ketika saya menulis entri ini jam sudah menunjukkan 11:26pm lebih kurang setengah jam lagi akan tamat tempoh potongan pembayaran saman yang dikenakan untuk rakyat Malaysia. Pihak kerajaan telah memberikan satu jangkamasa yang lama bagi memberi peluang pesalah trafik membayar saman mereka dan kali ni tindakan lebih tegas telah diambil dimana bagi pesalah trafik yang tidak membayar saman akan disenarai hitamkan.

Siang tadi saya ke bandar dan melalui balai polis trafik kemudian saya juga telah singgah ke Pejabat Pos. Kedua-dua tempat ini telah dikunjungi oleh begitu ramai orang awam yang ingin membayar saman di saat-saat akhir sehingga menyebabkan sistem pembayaran terganggu termasuk sekali laman sesawang MyeG juga tidak dapat diakses dengan sepatutnya.

Kenapa kita biasa membuat perkara disaat akhir? Salah satu puncanya kerana kita telah programkan di minda kita tarikh yang telah ditetapkan dan pada waktu tersebut kita lebih peka, lebih aktif bagi mendapatkan sumber bagi membayar saman kerana minda telah menetapkan pembayaran adalah suatu kemestian kerana jika tidak membayar kita akan lebih mendapat lebih banyak masalah. Tetapi sedar atau tidak, akibatnya akan dirasai oleh kedua belah pihak iaitu pihak yang membayar dan pihak yang menerima pembayaran.

Dalam perniagaan, kita mesti ada matlamat, perancangan dan penetapan. Jika kita biasa membuat sesuatu kerja di saat akhir, ia akan merugikan kita juga. Mungkin hasilnya kurang berkualiti. Akibatnya mengurangkan kepercayaan pelanggan kepada kita. Bagi mereka yang selalu membuat kerja di saat-saat akhir, saya pernah dengar satu alasan yang telah diberikan, iaitu apabila membuat kerja disaat-saat akhir, sesuatu kerja itu akan menjadi lebih baik dan sempurna…

Oh, benarkah? Jadi, apa pendapat anda?

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *