Tip Motivasi

Mudahnya Jika Ada Kabel Bisnes

Bismillah

Kadang-kadang kita akan terdengar orang dok bercerita pasal orang-orang kaya ni.. Ada di antara mereka yang kita akan mempersoalkan kekayaan mereka kerana mereka menggunakan kabel iaitu orang atas atau orang dalam bagi mencapai kejayaan ‘mudah’ tersebut. “Elleh, tak heranlah aku kalau dia kaya setakat menggunakan orang dalam.. Apa kes!” Terdengar suara yang mengata-ngata orang kaya seperti ini. Mungkin juga mereka orang-orang kaya berkenaan akan balas dengan jawaban seperti ini… “Ah! Peduli apa aku korang nak mengata apa pun bukannya korang nak bantu aku pun selama ni..!”

Setiap orang punyai prinsip kejayaan mereka sendiri. Semua orang berhak membuat keputusan mereka sendiri. Bagi orang-orang yang menempah kejayaan dengan cara ini ada beberapa sebab yang saya tidak akan membahaskan pilihan mereka sebab antaranya…

  • Mereka juga telah berusaha untuk mencapai tahap ini.
  • Rezeki manusia berbeza. Rezeki mereka kerana mereka ada orang atas atau orang dalam yang mereka boleh minta bantuan.
  • Mereka berusaha bagi memaksimakan keuntungan atau mengoptimumkan cara membina kekayaan.

Bagi kita, biasanya kita akan mengatakan mereka ini bukanlah usahawan-usahawan tulen dan sejati. Sejarah kita akan kurang manis dan menarik untuk dinilai. Saya juga punyai ramai kabel yang sudah cukup menjamin kejayaan hidup saya tetapi saya tidak pernah pun menggunakannya kerana tidak mahu menyusah atau memalukan kabel saya itu jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Saya juga berfikir ia akan melibatkan ketidak adilan bagi orang lain.

Sebenarnya kita semua memerlukan orang atas atau orang dalam dan patut mendapatkannya bagi kejayaan hidup kita atau kejayaan bisnes kita. Haha.. Sebenarnya apa yang saya maksudkan dengan orang atas dan orang dalam itu adalah..

  1. ‘Orang Atas’ – Allah S.W.T
  2. ‘Orang Dalam’ – Diri kita sendiri.

Berusahalah agar kita semua dekat dengan kabel kita seperti yang saya maksudkan di atas

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *