Tip Motivasi

Kaitan Sikap dan Teknikal dalam Bisnes

Bismillah

Tajuk kita kali ni adalah berkenaan ‘Kaitan Sikap dan Teknikal dalam Bisnes‘. Menurut satu kajian, seseorang yang berjaya mempunyai dua perkara yang menentukan kejayaannya. Ia adalah sikap sebanyak 75 peratus manakala teknikal adalah 25 peratus. Ini bermakna sikap seseorang itu yang akan dapat mengukur kejayaan mereka. Tetapi sebaliknya berlaku bagi kebanyakkan usahawan baru menyangka dan lebih menitik beratkan soal teknikal untuk berjaya.

Mereka belajar mendapatkan ilmu dan mahir tetapi setakat manakah kejayaan mereka. Kita lihat berapa banyak ilmu berkaitan teknikal yang ramai tercari-cari untuk mendapatkannya tetapi ramai jugakah yang menikmati kejayaan? Berapa banyak ilmu pun yang kita belajar tetapi diri kita tidak mahu berubah, tiada kesungguhan, tiada keazaman, tiada kecekalan, tiada matlamat dan tiada tindakan di mana kejayaan itu dapat dihasilkan?

Apa yang dimaksudkan dengan teknikal itu sebenarnya? Ia merangkumi ilmu, kemahiran dan ia termasuklah juga motivasi, dedikasi, dorongan, pembelajaran dan banyak lagi perkara yang dapat dikaitkan sebagai teknikal yang kita boleh perolehi. Benar ilmu seperti teknik itu penting untuk berjaya tetapi jika kita amati ia akan bermula dengan sikap dan diakhiri dengan sikap juga.

Teknikal datang dari alam manakala sikap datang dari diri sendiri iaitu suatu perkara yang paling dekat dengan kita. Sikap sebenarnya semua orang sudah ada tetapi dari segi bagaimana ia dapat dizahirkan kejayaan itu datangnya dari diri kita yang akan membenarkan lorongan kejayaan itu dapat dicapai. Walaubagaimanapun teknikal itu penting untuk dipelajari dengan diiringi oleh sikap.

Belajar untuk mendapatkan ilmu (teknikal) dan ikuti langkah demi langkah dengan teratur, banyakkan mentor tetapi mesti membawa sekali sikap yang positif demi mencapai hasil kejayaan kita. Saya sendiri dalam mod untuk belajar dan belajar. Tetapi jika sikap saya masih pada tahap biasa-biasa sahaja pun saya pasti kejayaan tidak akan dapat saya capai.

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *