Tip Motivasi Tips Perniagaan

Halangannya Adalah Kerana Banyak Sangat Alasan

Bismillah

Apabila kita sedar akan kepentingan perniagaan dan masih ada minat dalam jiwa kita tetapi kita masih punyai persoalan dan juga alasan-alasan untuk memberikan jawapan mudah kepada diri sendiri agar tak perlu lagi meneruskan hasrat untuk lebih berjaya. Apa yang saya nak perkatakan adalah sebenarnya jiwa kita kecil. Ya, masih lagi kecil kerana mungkin disebabkan sebelum ini kita telah menerima pandangan yang salah berkenaan perniagaan dan belum benar-benar termotivasi kerana kekurangan ilmu berkenaan perniagaan. Di sini saya senaraikan beberapa persoalan dan alasan yang sering kedengaran seperti..

  1. Nak berniaga apa?
  2. Nak berniaga kat mana?
  3. Nak mula macam mana?
  4. Berapa modal dan macam mana?
  5. Bagaimana jika rugi?
  6. Bagaimana jika gagal atau masih gagal?

Terdapat juga alasan yang akan mematikan terus sebarang usaha untuk berniaga seperti..

  • Tak tahu nak meniaga..
  • Susahlah…
  • Malas nak fikir
  • Tak payah buat gaji pun dah besar/duit tak pernah habis…
  • Saya tak minat!
Walaubagaimanapun, secara ringkasnya saya akan memberikan jawapan untuk persoalan-persoalan dan juga alasan yang telah diberikan di sini..

 

Nak berniaga apa?
Apa yang orang lain mahu. Adakah ia mempunyai permintaan? Dilihat juga kepada keperluan dan kemudian kemahuan. Perlu membuat kajian terutama perkara yang jarang kita melihat orang lain memasarkannya. Cadangan adalah kepada perkara yang paling asas seperti makanan, pakaian, pelajaran dan perubatan.

 

Nak berniaga kat mana?
Di mana ada orang. Apabila menjual sesuatu yang jarang dijual, perlu lihat juga kepada taraf, bilangan dan keperluan penduduk di situ.. Jangan berniaga di dalam hutan sudahlah..

 

Nak mula macam mana?
Mula dengan apa adanya… ‘Gostan’ semula proses yang berlaku kepada seorang peniaga sebelum di bergelar peniaga atau bayangkan proses yang sepatutnya dilakukan dahulu sehingga akhirnya dapat menjual kepada pelanggan.

 

Berapa modal dan macam mana?
Soalnya nak meniaga apa? Guna dengan apa yang ada di tangan. Tiada titik kesempurnaan kerana yang sempurna kita dapat bermula dengan kaedah lebih selamat. Jika modal kita kecil, mulalah dengan yang kecil-kecil dahulu. Kemudian topup bila dapat keuntungan bagi membina bisnes yang lebih besar dari yang sebelumnya. Elakkan dari membuat pinjaman.
Bagaimana jika rugi?

Bermulalah dengan kecil-kecilan dahulu…

 

Bagaimana jika gagal atau masih gagal?
Sebab itu kena mula dengan apa yang ada di tangan (simpanan) dan belajar agar dapat menghindarkan atau mengecilkan lagi risiko. Belajar teknik berniaga. Tidak semestinya anda perlu pandai berniaga. Modalkan untuk mengupah mereka yang pandai berniaga jika keadaan memerlukan untuk dilakukan seperti itu. Jika gagal dan masih gagal ini adalah kerana kita tidak mahu menimba ilmu dan kita masih mengulangi kesilapan yang sama.. Siapa suruh? huhu..
Tak tahu nak meniaga.. 

Belajar!

 

Susahlah…
Anda tidak akan dapat menikmati kesenangan. Susah kerana anda tidak tahu. Jadi belajar. Dapatkan ilmu itu dengan membaca iaitu dengan mendapatkan buku, e-book, pergi seminar/bengkel/kursus keusahawanan, menonton video ilmu perniagaan dan sebagainya. Bak kata pepatah melayu “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. Pepatah ini lebih baik untuk menggambarkan alasan di atas.

 

Malas nak fikir

Anda akan rajin nanti jika keadaan telah memaksa.

 

Tak payah buat, gaji pun dah besar/duit tak pernah habis…
Sombong namanya tu.. Kita lupa asal kekayaan itu datangnya dari yang Maha Kaya..Buatnya sesuatu terjadi seperti diberhentikan kerja, langsung tak dapat apa-apa. Kalau kita telah buat bisnes sebagai pedapatan sampingan sebelum tu ok la juga, setidak-tidaknya adalah juga back up..
Saya tak minat! 
Itu tidak perlu alasan apa pun. Tak payah fikirkannya. Tapi saya percaya suatu hari nanti akan terbuka hati bagi mereka menambahkan pendapatan.
Adik saya tidak minat untuk berniaga tapi disebabkan beberapa perkara lain ditambah melihat sendiri hasil jualan habis depan mata, kini beliau lebih teruja…
Kita hanya diberi 2 pilihan sahaja samada mahu berjaya atau masih kekal sebagai orang biasa-biasa yang juga lebih besar risikonya. Oleh sebab itu jangan banyak sangat alasan kerana itu adalah kegagalan yang nyata. Setiap masalah atau persoalan pasti ada jawapannya, kita perlu berusaha dan mencarinya dan kita akan berjaya.
p/s : Saya telah menetapkan 3 alasan untuk saya menceburkan diri dalam perniagaan..
  1. Saya mesti berniaga untuk kejayaan hidup saya
  2. Untuk berjaya saya mesti berniaga.
  3. Saya akan turuti alasan 1 dan 2.. ~Oh :p

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *