Tip Motivasi

Bekerja Ikhlas Berniaga pun Kena Ikhlas

Bismillah

Huuu.. Nasib baik teringat untuk menulis di blog. Sepertinya telah dikejutkan oleh jam loceng dalam kepala (biological clock) ini kerana ia telah di setkan dalam kepala dan juga telah di tulis dalam jadual untuk menulis sesuatu di blog pada hari ini buat tatapan rakan yang sudi membaca hasil tulisan saya, saya ucapkan ribuan terima kasih… Bukan apa, kebelakangan ini jadual agak padat kerana penambahan kerja-kerja baru yang mesti disiapkan mengikut jadual disamping tidak lupa tanggungjawab terhadap keluarga jadi kenalah bahagikan masa buat mereka juga…

Semalam seorang kawan lama tempat kerja saya dahulu datang untuk meminta bantuan. Cuma nak tanya buat resume.. Saya tanya “Kenapa tiba-tiba tanya nak buat resume? Bukankah kau adalah orang yang paling disayangi kompeni?” Saya cuba berseloroh. “Bukanlah, aku tengah tension ni..” Beliau menjawab. Hmm.. kadang-kadang nasib bekerja dengan orang ni pun bukanlah penjamin masa depan gemilang. Bagi kompeni yang bertanggungjawab dan bagus, mereka akan lihat kemampuan dan usaha seorang pekerja dan pekerja tersebut layak mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah diusahakan selama ini.

Bagi kawan saya ini, beliau memang seorang yang berilmu dalam bidangnya, berbakat dan jarang membantah apa yang kompeni minta untuk lakukan. Sepertinya selama beliau bekerja serta kesungguhan yang diterjemahkan seolah-olah sudah jadi seperti kompeni beliau sendiri. Baguslah tu jika kita juga seperti itu tapi sayangnya beliau bekerja makan gaji dan kurang dihargai oleh kompeni tempat beliau bekerja sendiri. Jika dengan usaha beliau seperti ini dan jika beliau bekerja untuk syarikat miliknya sendiri, saya yakin beliau lebih berjaya dari kedudukannya sekarang. Cuma baru-baru ini apabila sudah mendesak,(selalu kita akan lupa apabila masih berada dalam zon selesa kehidupan) baru terfikir untuk mencari sesuatu yang lebih baik untuk dirinya dan keluarga.

Kawan saya ni nak buat resume untuk mohon pekerjaan lain. Saya berikan beberapa contoh dalam format m/word supaya mudah untuk beliau edit kepada profil dirinya sendiri. Kemudian masukkan dalam CD Writtable bersama ‘bahan’ yang berguna buat dirinya. Saya cuba memberikan yang terbaik buat dirinya. Tapi selepas itu hati saya sangat senang dan gembira melihatkan beliau juga gembira kerana tercapai sudah apa yang beliau perlukan. Itulah salah satu keajaiban apabila kita ikhlas.

Saya sepatutnya tidak memberitahu apa yang saya sudah buat dengan menulis di sini tapi disebabkan tanggung jawab, saya beritahu juga dalam entri ini kerana ikhlas saya untuk sekadar mengingatkan lagi (walau anda sudah tahu..), memberikan motivasi, memberikan semangat dan hikmahnya bagi kita semua untuk membuat sebarang kerja dengan seikhlas mungkin. Oh, ya.. Ikhlaskanlah dalam membuat sebarang pekerjaan InsyaAllah kita akan dapat ganjaran yang lebih baik selepas ini.

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *