Info Tips Perniagaan

Bisnes Pelbagai Tingkat itu adalah MLM ke ?

Bismillah

Terdapat pelbagai bisnes di dunia ini. Apabila kekuatan bagaimana untuk menjana pendapatan itu ada dalam diri seseorang, maka mereka akan kreatif untuk menghasilkan pendapatan atau bisnes baru. Tetapi walau bagaimana pun, ramai yang ingin membuka sesuatu bisnes namun yang jadi penghalangnya adalah modal. Untuk menjalankan bisnes, saudara mesti kena sediakan modal, baru boleh bisnes!

Tetapi tahukah saudara berapa banyak modal yang di perlukan untuk menjalankan bisnes itu? Ia bergantung kepada bisnes apa yang saudara ingin jalankan. Tetapi masih lagi terdapat masalah bagaimana pula untuk dapatkan modal itu? Untuk mendapatkan atau untuk menghasilkan modal itu pula ada pelbagai cara. Tahukah saudara, untuk menjalankan bisnes itu tak semestinya saudara perlukan modal yang besar! Ada juga modal yang kecil dan ada juga membuat bisnes tanpa modal! Huh! camner tu ye…?

Di sini saya ingin bincangkan bagaimana dengan hanya modal yang kecil(rata-ratanya hanya modal kecil sahaja), saudara mampu menjadi JUTAWAN atau kaya raya. Ramai yang telah membuktikannya. Ia hanya perlu komitmen yang tinggi dan belajar tentang bisnes, teknik dan produk. Ia bisnes dari bisnes tanpa perlu memikirkan bagaimana kita boleh membangunkan syarikat sendiri. Ia dapat dibina secara berkumpulan. Bukan bisnes perkongsian, Sendirian Berhad atau Berhad.. Tapi ia adalah bisnes MLM (Multy Level Marketing). Ya, iaitu dengan menceburi bisnes MLM atau bisnes ‘Pemasaran Pelbagai Tingkat’. Huraian untuk bisnes MLM ini juga amat meluas. Ia hanya bagi mereka yang benar-benar percaya, yakin dan minat. Ingat tu ye.. hehe

Pecahan dari MLM ini adalah SLM (Single Level Marketing), Reseller Programme, juga dijadikan Spillover, boleh jadi Direct Selling, Perniagaan Tingkat Terhad dan banyak lagi yang seumpama dengannya selagi mereka kreatif atau inovatif mencipta pelbagai kaedah untuk menghasilkan wang. Tetapi bisnes MLM ini jika saudara ingin ceburinya saudra perlu untuk membuat sedikit kajian berkenaan syarikat yang ingin saudara sertai. Adakah ia sebuah syarikat yang kukuh atau sebaliknya? Kemudian ciri-ciri yang ada dalam diri saudara perlu ada yang pertama, kena ada minat yang mendalam, bukan sahaja dengar sahaja pujukan dari orang saudara terus join jadi ahli, tanya pada diri adakah saya benar-benar minat? Jangan melihat kejayaan orang lain saudara timbul untuk cuba minat. Pasti saudara akan ada di pertengahan jalan, rugi wang, rugi masa saudara selama ini, akhirnya saudara tak kemana.

Yang ke-2 kena ada kesungguhan berterusan dan tanpa jemu. Yang ke-3 perlu banyak menimba ilmu untuk teknik bisnes MLM, pelan pemasaran syarikat tersebut dan juga mengetahui lebih mendalam produk syarikat yang anda ceburi (kebaikannya dan tak lupa kelemahannya).Yang ke-4 perlu ada perancangan dan strategi serta siapkan senarai siapa prospek anda. Yang ke-5 adalah komitmen. Berfikir masak-masak sebelum anda sertai sesebuah syarikat MLM kerana inilah penentu kejayaan anda. Yang ke-6, adakah anda berfikir anda mampu untuk terus konsisten? Konsisten dari segi masa, usaha, kejayaan dan lain-lain? Seterusnya yang ke-7, promosi, promosi, promosi dengan mengiklan juga… sama seperti bisnes yang lain.

Berfikir dan nilai dahulu diri saudara dan kemungkinan masa yang akan berlaku pada masa akan datang. Membuat sedikit kajian berkenaan MLM dan syarikat yang saudara ingin ceburi sangat digalakkan. Saudara perlu bersedia dengan diri saudara sebelum memberikan modal untuk keahlian lebih-lebih lagi jika ia melibatkan jumlah wang yang banyak. Saya bukanlah seorang yang berfikiran negatif atau tiada semangat mencuba, tetapi saya sebenarnya meminta saudara berfikir semasak-masaknya perkara yang telah saya beritahu agar tidak ada pembaziran wang, masa dan tenaga saudara.

Itu adalah ringkasan untuk bisnes MLM yang hanya bermodalkan jumlah modal yang kecil sahaja. Berhati-hati untuk modalkan keahlian yang bermula RM500-1000 ke atas mungkin ia boleh jadi sistem kutu atau skim cepat kaya. Ok, secara rumusannya jika apa yang saya senaraikan di atas itu tadi saudara percaya saudara dapat atasi, persilakan untuk membina pendapatan saudara menerusi bisnes MLM! -Yang best tu saudara boleh melakukannya secara sambilan sahaja seterusnya saudara boleh berjaya!

p/s: Walaupun ramai yang telah menjadi jutawan, saya sudah serik untuk join MLM sebab baru saya tahu saya tidak minat dengan bisnes ini. Kesilapan saya dahulu.

p/p/s: Berhati-hati juga kepada up-line yang tidak jujur. Kerana orang yang seperti ini yang akan menyebabkan saudara berada di takuk yang sama walau saudara berusaha sebaik mungkin.

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *