Info Tips Perniagaan

Membuat Hak Cipta Terpelihara dengan Kos Paling Murah

Bismillah
Jika nak diperkatakan dengan Hak Cipta Terpelihara (copyright), paten dan sebagainya memanglah tak tertulis di sini. Buku rujukan saya contohnya dari Dewan Bahasa dan Pustaka pun lebih dari 150 muka surat. Belum lagi buku rujukan berkaitan Hak Cipta Terpelihara saya yang lain.. huhu.. Penting bagi kita peniaga mengetahui hak kita sebagai pembuat, pengeluar produk atau bahan dan perkara lain yang seumpamanya.
Saya rasa ramai yang ingin tahu bagaimana mahu membuat hak cipta bagi produk sendiri kan? Baiklah, secara ringkasnya saya ingin membicarakan berkenaan produk berbentuk penulisan seperti e-book dan bagaimana dapat kita melindunginya. Bagi sahabat yang mempunyai modal yang kecil tak terlaratlah untuk mengupah seorang peguam menguruskannya untuk kita. Sebenarnya kita telah dilindungi oleh hak cipta walau hanya menulis beberapa perkataan. Seperti saya menulis entri blog ni.. Hehe.. siapa yang buat copy and paste dari blog ni saya akan saman.. ha ha ha.. Saje je lah, boleh je kalau nak copy and paste tapi kreditkanlah atas nama saya atau URL blog ni.. atau lebih terhormat adalah dengan bertanya sendiri kepada saya.. No problem 🙂

Tapi bagaimana kita dapat menampakkan ia lebih terjamin, diiktiraf, bersifat peribadi, ada nilai komersial dan yang lebih bermakna adalah kerana cara ini adalah lebih murah iaitu melalui Pos. Ya, melalui pos. Caranya seperti ini
  1. Bakar CD anda Burn your CD – Bermaksud, masukkan e-book anda ke dalam CD-ROM (CD kosong tu boleh dibeli dikedai-kedai yang berkaitan)
  2. Pergi ke Pejabat Pos berdekatan tempat anda
  3. Beli satu sampul Pos Ekspress yang boleh memuatkan CD-ROM anda.
  4. Masukkan CD-ROM tersebut ke dalam sampul Pos Ekspress
  5. Letakkan nama dan alamat anda sendiri di atas sampul kiriman
  6. Masukkan ke dalam peti Pos Ekspress
  7. Selesai…
  8. Dan tunggu kiriman anda yang akan sampai esok (Di Jamin Sampai Esok) kemudian bila sudah terima, simpan baik-baik.
Bagaimana ia boleh melindungi karya kita? Kerana cop dan tarikh dari Pos Malaysia itu diiktiraf dan boleh dijadikan bukti untuk sebarang tuntutan perundangan sekiranya ia benar-benar berlaku kelak. Buat je dahulu untuk memudahkan kita dikemudian hari.
Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *