Tips Perniagaan

Akad Lafaz dalam Perniagaan Islam

Bismillah

Saya teringat ketika saya singgah di sebuah gerai menjual putu piring di taman tempat saya tinggal. Kakak penjual putu piring sudah pun tersenyum sebelum saya sampai lagi beberapa tapak ke gerainya. Saya bertanya juga walau sudah mengagak harganya. “Akak, putu piring ni macam mana kira?” “Sekotak ni dua ringgit, dalam sekotak ni ada enam keping..” Cukup lengkap jawaban yang diberikan akak ni sejurus selepas saya bertanya. “Oh, kalau macam tu, berikan saya untuk empat ringgit..” Kakak putu piring tu cepat sahaja membungkuskan dengan dua beg plastik berasingan berisi setiap satunya sekotak polysterine yang telah pun berisi putu piring. “Terima kasih saya jual..” Sambil mengucapkan terima kasih, tangan kakak putu piring tu sudah pun menghulurkan bungkusan putu piring tersebut. “Saya beli..” Pantas juga saya menjawab bersama empat helaian duit seringgit yang saya hulurkan buat kakak putu piring.

Tersenyum saya sebab dah lama saya tak dengar seorang peniaga mengucapkan terima kasih yang disertakan sekali dengan perkataan “saya jual” Biasanya peniaga hanya mengucapkan “Terima kasih” sahaja. Menurut pemahaman saya, jika dalam adab jual beli dalam islam, ini juga dinamakan ‘akad’ yang baik.

Teknik terima kasih ni bukan sahaja untuk diucapkan, dalam jualan ia akan memberikan impak yang baik untuk peniaga tersebut. Dari sudut lain sebagai contoh sehingga kini setiap tahun, saya masih menerima kad ucapan terima kasih dan peringatan untuk memperbaharui roadtax dan insuran kereta dari syarikat penjual kereta yang saya beli dulu.. Ohh..

Walaupun saya ada pilihan untuk menentukan dengan siapa yang saya nak renew insuran kereta saya, tapi saya masih terdorong untuk ke syarikat tersebut bagi memperbaharui roadtax saya setiap tahun. Dalam perniagaan lain sebenarnya kaedah ini mesti ada dan ia perlu, mungkin kaedah sahaja agak berbeza mengikut bisnes yang dijalankan.

Jadi, rumusannya untuk pelanggan dan memberi impak yang baik kepada peniaga adalah,

  • Senyum dan bersikap mesra.
  • Ucapkanlah terima kasih walau dengan apa jua cara sekali pun.
  • Mengingatkan pelanggan sesuatu yang perlu atau wajib di lakukan.

Apakah kesannya selepas jualan? Ya, baik untuk bisnes kita. Pengalaman seorang kawan saya, jangan jadi seperti si penjual goreng pisang yang bermuka masam dan memarahi pelanggan yang bertanya. Sampai sekarang kawan saya tu tak mahu singgah lagi ke gerai tersebut.

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *