Tip Motivasi Tips Perniagaan

SOHO – Perlukan Disiplin Perlukan Motivasi

Bismillah

Ketika dok seronok melayan rancangan di TV diwaktu pagi, saya tetap mengerling jam dinding yang berada di atas sebelah kiri TV. Oh! Dah pukul 9.00 pagi. Waktu untuk masuk kerja! Fokus. Tetapkan mental. Rancangan yang telah dirangka semalamnya akan dilaksanakan hari ini. Tarik nafas dan berjalan menuju ke ‘tempat kerja..’

Tempat kerja saya? Oh tak jauh.. Hanya beberapa langkah sahaja di dalam rumah dah pun sampai… Buka pintu disalah satu bilik yang dijadikan pejabat dan tutup pintu rapat-rapat. Kalau boleh taknak dengar langsung bunyi siaran di TV. Nak tutup terus TV tak boleh, kejam pula pada orang lain yang mahu menonton. Kita perlu jadikan diri kita berdisiplin walaupun berada di rumah.

Inilah latihan disiplin awal jika anda nak kembangkan bisnes dengan mempunyai staf dan pejabat sendiri suatu hari nanti.

Bagi yang pernah bekerja di pejabat, di kilang, di kedai dan sebagainya pasti ada waktu tetap untuk bekerja dan pergi bekerja. Membuat kerja atau bisnes SOHO juga perlukan itu semua. Kalau tak.. Sendiri mau ingatla beb.. Ini kerana banyak keburukannya jika kita tidak berdisiplin atau dalam pengurusan masa kita tidak ditadbir dengan baik.

SOHO juga perlukan motivasi. Maklumlah kini kita tidak kerja berkumpulan lagi. Segala tanggungjawab kerja terpikul atas bahu kita seorang. Melainkan kita ada buat satu rangkaian bisnes. Ataupun mempunyai pekerja yang tidak lebih dari dua orang dalam satu premis perniagaan. Itu adalah peraturan yang telah ditetapkan pihak kerajaan. Jika ada orang lain yang membantu kita dalam bisnes, taklah sunyi sangat. Yang menjadi satu keperluan adalah motivasi. Itu yang perlu ada apabila kita menjalankan pekerjaan SOHO berseorangan, bak kata omputih “one man show..”

Sebab apa kita perlukan motivasi? Sebab apabila kita seorang, kita akan cepat penat, buntu, tiada idea, tiada fokus, perlu memikirkan hal pemasaran dan macam-macam lagi. Hal-hal seperti inilah juga yang boleh membuatkan keuntungan bisnes kita akan menyusut. Apa yang saya selalu lakukan adalah dengan membaca buku-buku motivasi, menonton rancangan berbentuk ilmiah dan luangkan masa beriadah bersama keluarga.

Bagi yang sudah berkahwin, selalu dapat berbincang dengan pasangan. Bagi mereka yang ramai kawan yang sealiran, pergilah ngeteh. Setkan berapa jam yang perlu kita peruntukkan (huhu.. kalau boleh). Itulah antara beberapa tips bagi mereka yang berniaga SOHO atau mahu berniaga SOHO dengan melakukan part time untuk bisnes ini. Persediaan perlu juga untuk melakukan bisnes ini.

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *