Info Tip Motivasi Tips Perniagaan

Kedai Cantik tapi Tiada Pengunjung?

Bismillah

Kita selalu berangan bila kita bina kedai macam ni kita akan untung besar. Kalau kita buat banner atau signboard macam ni ramai orang akan tertarik. Kalau kita buat konsep yang begini akan laku keras… Tapi pernah tak kita membuat kajian atau paling tidak pun menjadikan diri sebagai pelanggan atau orang awam bukan sebagai taukeh kedai? Ini penting kerana apa yang kita lakukan itu sedikit sebanyak pun adalah suatu perbelanjaan atau kos yang kita perlu tanggung. Kalau kita syok sendiri takut-takut kitalah yang akan jadi taukeh dan kita juga yang akan jadi pelanggan kedai kita. Toit toitt toittt… (Ada sound effect..).

Sudah banyak yang saya lihat perniagaan yang seumpama ini. Sebagai contoh sebuah kedai aquarium (menjual ikan hiasan) menggunakan konsep restoran ekslusif dengan desain dan corak, pintu yang tetutup, cermin gelap.. Wah, berapa agaknya kos tu ye? Tapi adakah berbaloi dengan hiasan itu atau adakah ia berjaya menarik lebih ramai pengunjung? First impression, saya rasa ramai yang menyangka itu adalah restoren untuk VIP! Dengan konsep yang serupa, kes ini akan sama walau ia memang sebuah restoren biasa.. Orang-orang kebanyakan akan takut untuk masuk ke kedai kita walau kita menyediakan tawaran harga yang biasa-biasa sahaja.
Ada beberapa tips yang saya akan berikan di sini. Kita akan melihat apakah..
  • Sasaran dan kumpulan pelanggan
  • Kesesuaian Lokasi
  • Kesesuaian konsep premis – Maksudnya dalam pusat membeli belah atau deretan kedai biasa dll.
  • Tawaran perkhidmatan dan harga yang akan di’kena’kan – ekslusif – mahal/ biasa sahaja – murah
  • Matlamat. Melihat kepada mahu cantik(ekslusif) atau mahukan pendapatan/keuntungan.
  • Dinilaikan dari tanggapan pertama orang ramai. Renungkan dan jadilah pelanggan. Buang dahulu perkataan ‘taukeh’ kepada diri untuk perniagaan kita.
Ha.. Lepas ni cuba kita perhatikan kedai-kedai yang macam ni.. Contoh : Sambil-sambil menunggu orang rumah shopping (bagi yang sudah berkahwinlah..), lihat jam dan anggarkan berapa ramai yang masuk ke kedai tersebut. Orang yang bagai manakah yang masuk, berapa ramai pelanggan anggaran sehari, berapakah agaknya caj yang dikenakan. Buatlah kajian.. Tak banyak sedikit pun ok jugalah.. Hehe itu contoh dan cadangan sahaja.. 🙂
Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *