Info Tip Motivasi Tips Perniagaan

Melayu Bunuh Bisnes Melayu – Mitos ke Real ?

Bismillah

Entri ini ditulis kerana memandangkan situasi yang berlaku baru-baru ini. Bukan kerana orang melayu beli dengan kaum lain. Bukan kerana orang melayu berbelanja besar membeli di TESCO, GIANT, CARREFOUR atau pasaraya lainnya. Bukan kerana itu. Sebab kenapa kita sebagai orang melayu tidak membeli dikedai orang melayu memang ada banyak sebabnya. Mungkin sebab tiada orang melayu yang membuka kedai di situ atau mungkin kedai orang melayu tidak begitu lengkap (itu kita sendiri sebagai peniaga perlu atasi) dan banyak sebab lain.

Dan entri kali ini juga bukan disasarkan kepada bisnes internet. Bisnes internet pada pandangan peribadi saya adalah ‘satu komputer, satu dunia’. Pada siapa juga seseorang itu boleh raih pendapatannya. Bisnes internet walau sama produknya, ia tetap berbeza bukan kerana harganya yang berbeza tetapi ia akan dilihat dari segi kepakaran, pakejnya, kaedah yang diguna pakai, web copynya atau ayat jualannya, persembahannya, cara promosinya, diri peniaga dan kepercayaan atau keyakinan orang lain menerusi kredibiliti mereka. Ia adalah realiti dalam bentuk usaha untuk bersaing secara lebih sihat. Yang penting ia tidak merendah-rendahkan produk pesaing mereka. Kerana kelak akan berbalik pada diri mereka sendiri.
Ok, tarik nafas…. Dan saya akan sambung semula perbincangan ini.
Sebenarnya saya lebih cenderung untuk bercakap pada kali ini adalah berkenaan pasaran terbuka iaitu perniagaan secara offline. Ia adalah berkenaan penjaja tepi jalan atau seperti penjaja pasar malam. Saya ada seorang kawan. Beliau membuka gerai menjual air minuman yang lain dari yang lain bagi kebanyakan penjaja air minuman di tempat saya. Lain dari yang lain bermaksud beliau tidak menjual air minuman yang sama dijual oleh orang lain. Selalu yang kelihatan adalah air kelapa, air tebu, air soya balik-balik air yang sama betul tak?
Kawan saya ni meniaga di suatu tempat yang sebelum ini tiada orang yang menjaja di situ. Baguslah, ramai yang dapat singgah dan berhenti untuk menghilangkan dahaga membeli minuman di situ. Tidak lama dalam satu minggu selepas beliau berniaga ada pula penjaja baru datang menjaja tidak jauh dari tempat beliau dengan hasil jualan yang sama. Soalnya dimanakah kreativiti kita? Benar, rezeki itu masing-masing tetapi pelbagaikanlah idea untuk memberi banyak pilihan kepada orang ramai. Mungkin kita boleh menjual air kelapa berperisa lemon ke, air bandung gula melaka ke.. Hmmm… Yang lebih teruk jika ada yang menjatuhkan perniagaan orang lain dengan menggunakan ilmu hitam sampai gerai kita pun orang lain tak nampak. Saya sendiri pernah alami situasi ini dahulu.

 

Bagi peniaga pasar malam atau yang seumpama dengannya jika kita punyai satu produk yang sama dengan peniaga lain bermakna kita punyai pesaing. Pakat-pakatlah dengan pesaing agar menjual dengan satu harga yang sama. Janganlah cuba untuk menjatuhkan pesaing dengan harga yang lebih murah. Dengan niat menjatuhkan melalui cara itu adalah tidak wajar, konsep perniagaan sudah jadi ‘biar kering asal menang’. Tiada siapa yang untung. Bersainglah cara sihat tanpa menyakitkan hati orang lain. Ada banyak lagi cara yang kita boleh menang dalam persaingan. Ia bergantung kepada diri kita sendiri iaitu sebagai contoh adalah melalui peribadi, bahasa dan cara promosi.
Lebihkan kreativiti bersaing tanpa menyakitkan hati orang lain, kelak kita akan juga memperolehi faedahnya. Kreatifkan pemikiran kita, berfikir di luar tempurung tanpa meniru sesuatu yang sudah ramai membuatnya. Apabila kita fikir senang dengan cara itu iaitu meniru bulat-bulat idea orang lain, maka pendapatan kita juga tidak akan besar dan berkembang. Fikir-fikirkanlah. Hargailah nikmat kurniaan akal yang Allah berikan buat kita kerana bisnes ini sangat luas untuk kita kecapi nikmatnya.

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *