Tip Motivasi Tips Perniagaan

Bila Tahu Minat Dalami Dengan Teknikal. Belajarlah…

Bismillah

Adakah anda mempunyai impian menjana wang melalui bisnes? Saya sudah pun bermula bisnes dari apa yang ada di tangan (modal sedia ada). Saya buat apa yang saya perlu buat bagi permulaan saya membuat bisnes. Itulah hebatnya kuasa bertindak. Tetapi sebelum itu saya perlu ada pengetahuan dan kajian terutama dalam ‘pemasaran’ yang meliputi 60 peratus dari tiga aspek perniagaan iaitu yang selebihnya adalah ‘membuat’ sebanyak 30 peratus dan 10 peratus adalah melibatkan ‘pengurusan’nya.
Kini motivasi dan tindakan telah saya buat, saya suka berada dalam kedudukan saya sekarang. Kini apa yang saya perlu buat apabila segalanya telah tersusun adalah belajar lagi dalam bidang yang saya lebih minat dan mengetahui bakat saya berada di situ dengan mengetahui aspek teknikal, sumber terkini dan sebagainya kerana apa yang kita kerjakan sekarang akan berubah, jadi kita perlu tahu dengan lebih terperinci dan mengikuti perkembangannya memandangkan kita memang minat dalam bidang tersebut. Ibarat seorang doktor yang lebih umum merawat pesakit kini ingin menjadi pakar kepada penyakit tertentu. Doktor pakarlah tu.. hehe.
Apa yang lebih mengujakan saya apabila hasil yang saya lakukan selama ini disedari orang lain dan baru-baru ini ada seseorang memerlukan khidmat kebolehan saya. Walhal dalam bisnes saya sebelum ini perkara itu tidak lagi diprogramkan untuk menjana pendapatan melaluinya. Jadi saya perlu berubah. Berubah untuk jadi yang terbaik. Untuk jadi terbaik tiada jalan lain adalah dengan belajar lagi dalam bidang tersebut dan berlatih untuk mencapai tahap yang kita sasarkan. Apabila sebut soal belajar, tidak semestinya perlu ke universiti atau kolej. Kita boleh belajar di mana-mana sumber sahih yang boleh membantu meningkatkan kebolehan kita. Seperti pergi ke seminar, membaca, menonton seperti mendapatkan video tutorial dan sebagainya. Kemudian berlatihlah untuk menjadi mahir. “Practice makes perfect!
Jadi belajarlah dan carilah ilmu walau sehingga ke liang lahad. Adoii..haii sampai begitu sekali kepentingannya… ~Oh

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *