Tip Motivasi Tips Perniagaan

Dua Perkara Penghalang Kejayaan

Bismillah

Ada dua perkataan yang membuat seseorang itu tidak berjaya. Yang pertama adalah dengan perkataan ‘tapi’ dan yang kedua adalah dengan perkataan ‘nanti’. Misal kata saya mengajak seseorang untuk berniaga dan jawapannya berbunyi begini “Tapi saya tidak tahu nak meniaga macam mana?” Perkataan tapi akan menjadi punca kepada alasan seterusnya tiada sebarang perubahan kejayaan yang dapat kita kecapi mungkin akan jadi lebih teruk lagi.

Satu lagi adalah perkataan nanti. Selalu apabila kita mengajak melakukan perubahan kepada sesuatu yang lebih positif akan dijawab denghan perkataan nanti. “Ah, nantilah aku usahakan…” Soalnya bila? Tiada matlamat jelas telah dibuat. Seperti tiada kesungguhan. Walhal semua ini adalah rahsia kepada kejayaan yang semua orang kehendaki.

Ramai juga beralasan tiada modal. Tiada modal atau modal kecil buatlah bisnes yang kecil yang hanya memerlukan modal yang kecil. Itu lagi selamat kerana rata-rata dari kita mampu menyediakan modal yang kecil. Jadilah penjaja menjual makanan contohnya. Sebab bukan sahaja modal kecil tetapi separuh dari modal tersebut telah tersedia di dapur rumah masing-masing..

“Ah, tak standard-lah jadi penjaja tepi jalan apa kelas!”

Kalau nak tahu, bila sudah jadi kaya nanti baharulah ada ‘standard’ tu.. Kenapa nak tunggu standard ke tidak? “Oklah jadi penjaja, tapi saya llihat diorang pun tak kaya-kaya macam mana?” Kenapa mereka tidak boleh kaya? Ada orang income lebat tiap-tiap bulan tapi masih lagi tidak kaya jugak macam mana tu? Ini kerana mereka tidak urus dengan baik pendapatan tu, kerana mereka mungkin tidak pernah belajar. Mereka mungkin tidak ingat untuk labur demi masa depan. Jadi kita semua perlu mencari dan belajar.

Setiap masalah ada punca penyelesaiannya. Kita yang perlu mencari dan belajar. Tiada yang sukar. Allah S.W.T menciptakan anugerah yang tidak ternilai kepada kita manusia ini iaitu akal. Gunakanlah akal bagi mencari, belajar dan mengatasi masalah.

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *