Category Archives: Info

Info Tip Motivasi Tips Perniagaan

Melayu Bunuh Bisnes Melayu – Mitos ke Real ?

Published by:

Bismillah

Entri ini ditulis kerana memandangkan situasi yang berlaku baru-baru ini. Bukan kerana orang melayu beli dengan kaum lain. Bukan kerana orang melayu berbelanja besar membeli di TESCO, GIANT, CARREFOUR atau pasaraya lainnya. Bukan kerana itu. Sebab kenapa kita sebagai orang melayu tidak membeli dikedai orang melayu memang ada banyak sebabnya. Mungkin sebab tiada orang melayu yang membuka kedai di situ atau mungkin kedai orang melayu tidak begitu lengkap (itu kita sendiri sebagai peniaga perlu atasi) dan banyak sebab lain.

Info Tip Motivasi Tips Perniagaan

Kedai Cantik tapi Tiada Pengunjung?

Published by:

Bismillah

Kita selalu berangan bila kita bina kedai macam ni kita akan untung besar. Kalau kita buat banner atau signboard macam ni ramai orang akan tertarik. Kalau kita buat konsep yang begini akan laku keras… Tapi pernah tak kita membuat kajian atau paling tidak pun menjadikan diri sebagai pelanggan atau orang awam bukan sebagai taukeh kedai? Ini penting kerana apa yang kita lakukan itu sedikit sebanyak pun adalah suatu perbelanjaan atau kos yang kita perlu tanggung. Kalau kita syok sendiri takut-takut kitalah yang akan jadi taukeh dan kita juga yang akan jadi pelanggan kedai kita. Toit toitt toittt… (Ada sound effect..).

Continue reading

Info Tips Perniagaan

Membuat Hak Cipta Terpelihara dengan Kos Paling Murah

Published by:

Bismillah
Jika nak diperkatakan dengan Hak Cipta Terpelihara (copyright), paten dan sebagainya memanglah tak tertulis di sini. Buku rujukan saya contohnya dari Dewan Bahasa dan Pustaka pun lebih dari 150 muka surat. Belum lagi buku rujukan berkaitan Hak Cipta Terpelihara saya yang lain.. huhu.. Penting bagi kita peniaga mengetahui hak kita sebagai pembuat, pengeluar produk atau bahan dan perkara lain yang seumpamanya.
Saya rasa ramai yang ingin tahu bagaimana mahu membuat hak cipta bagi produk sendiri kan? Baiklah, secara ringkasnya saya ingin membicarakan berkenaan produk berbentuk penulisan seperti e-book dan bagaimana dapat kita melindunginya. Bagi sahabat yang mempunyai modal yang kecil tak terlaratlah untuk mengupah seorang peguam menguruskannya untuk kita. Sebenarnya kita telah dilindungi oleh hak cipta walau hanya menulis beberapa perkataan. Seperti saya menulis entri blog ni.. Hehe.. siapa yang buat copy and paste dari blog ni saya akan saman.. ha ha ha.. Saje je lah, boleh je kalau nak copy and paste tapi kreditkanlah atas nama saya atau URL blog ni.. atau lebih terhormat adalah dengan bertanya sendiri kepada saya.. No problem 🙂

Continue reading

Info Tips Perniagaan

Bisnes Pelbagai Tingkat itu adalah MLM ke ?

Published by:

Bismillah

Terdapat pelbagai bisnes di dunia ini. Apabila kekuatan bagaimana untuk menjana pendapatan itu ada dalam diri seseorang, maka mereka akan kreatif untuk menghasilkan pendapatan atau bisnes baru. Tetapi walau bagaimana pun, ramai yang ingin membuka sesuatu bisnes namun yang jadi penghalangnya adalah modal. Untuk menjalankan bisnes, saudara mesti kena sediakan modal, baru boleh bisnes!

Tetapi tahukah saudara berapa banyak modal yang di perlukan untuk menjalankan bisnes itu? Ia bergantung kepada bisnes apa yang saudara ingin jalankan. Tetapi masih lagi terdapat masalah bagaimana pula untuk dapatkan modal itu? Untuk mendapatkan atau untuk menghasilkan modal itu pula ada pelbagai cara. Tahukah saudara, untuk menjalankan bisnes itu tak semestinya saudara perlukan modal yang besar! Ada juga modal yang kecil dan ada juga membuat bisnes tanpa modal! Huh! camner tu ye…? Continue reading

Info

Membuat Urusan di Saat Akhir

Published by:

Bismillah

*Pos kali ini adalah arkib yang di ambil dari blog saya sebelum ini. Harap maklum.

Pada kali ini saya agak kelewatan menulis blog. Almaklumlah hari isnin. Tapi kali ni diluar dari kebiasaan. Dan pada ketika saya menulis entri ini jam sudah menunjukkan 11:26pm lebih kurang setengah jam lagi akan tamat tempoh potongan pembayaran saman yang dikenakan untuk rakyat Malaysia. Pihak kerajaan telah memberikan satu jangkamasa yang lama bagi memberi peluang pesalah trafik membayar saman mereka dan kali ni tindakan lebih tegas telah diambil dimana bagi pesalah trafik yang tidak membayar saman akan disenarai hitamkan.

Siang tadi saya ke bandar dan melalui balai polis trafik kemudian saya juga telah singgah ke Pejabat Pos. Kedua-dua tempat ini telah dikunjungi oleh begitu ramai orang awam yang ingin membayar saman di saat-saat akhir sehingga menyebabkan sistem pembayaran terganggu termasuk sekali laman sesawang MyeG juga tidak dapat diakses dengan sepatutnya. Continue reading