Blog Mekanik Bisnes » Blog Archives

Tag Archives: Promosi

Tip Pemasaran

Iklan atau Promosi kaedah Soft Selling

Published by:

*Pos ini adalah arkib dari blog saya yang terdahulu…
Bismillah,
Hari Selasa yang lepas jadual agak padat walaupun Public Holiday. Dengan majlis perkahwinanlah, meeting, dan personal coaching.. Upsss ia adalah hari cuti umum bagi mereka yang bekerja di Johor sahaja kerana hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.
Ada beberapa tips untuk mengiklankan bisnes kita. Ambillah kesempatan apabila menghadiri keramaian, perjumpaan atau sebagainya dan mengambil kesempatan melalui perbualan dengan seseorang tu janganlah lupa untuk memberikan kad bisnes walaupun sebelum ni mereka pernah dapat kad bisnes kita. Kalau pandai reka sendiri kad bisnes lagi bagus. Ia akan menjimatkan wang. Buatlah desain atau warna lain pula untuk kad bisnes kita untuk edisi seterusnya. Jadi alasan untuk memberikan lagi kad bisnes tu ada untuk kenalan lama atau kenalan baru kita tu.
Kenapa kita perlu berikan lagi kad bisnes sedangkan sebelum ni mereka pernah dapat kad bisnes kita? Haa.. salah satu sebabnya adalah agar mereka ingat semula dan mudah-mudahan tertanam dalam fikiran mereka bisnes yang kita jalankan. Bukankah bagus walaupun mereka bukanlah sasaran pelanggan kita tetapi mereka berupaya menjadikan orang lain menjadi pelanggan kita? Kuasa iklan dari mulut ke mulut tu POWER tau..(bukan CPR haa..) huhu..Tips yang ke-2 adalah dengan menulis ebook. Anda tidak perlu risau bagaimana nak dapatkan idea bagi menulis atau anda memang tahu anda tidak pandai mengarang ayat.., itu tak menjadi masalah. Sekarang ni kan banyak dah ebook yang anda boleh dapatkan dengan percuma aje. Kumpulkan ebook di bawah niche atau dari kumpulan tajuk yang sama kemudian anda cari poin-poin ebok-ebook tersebut dan tuliskan untuk anda berhasil membuat ebook sendiri. Samada anda menjual itu perkara kedua. Tapi untuk tips dalam pos ini anda hanya perlu mengedarkan ebook ini secara percuma sahaja dan dalam ebook tersebut anda boleh selitkan iklan bisnes anda sekali dalam ebook tersebut. haa.. ok tak? Tips yang ke-3…

Continue reading

Bisnes Online Irfan Khairi Tip Motivasi Tips Perniagaan

Rahsia JUTAWAN Internet Irfan Khairi.

Published by:

Buku rahsia jutawan internet

Bismillah,

Siapa yang belum kenal Irfan Khairi angkat tangan..!

Hehehe..

Tak kisahlah kenal ke tidak. Tapi di zaman saya, saya menganggap beliaulah jutawan perniagaan internet melayu yang pertama di Malaysia yang menjadi perbualan dan tersohor waktu tu. Sehingga sekarang, beliau masih mengekalkan momentum jutawan tersebut.

Menjadi jutawan seawal usia 25 tahun. Pada waktu tu saya belum kenal beliau lagi sehinggalah pada tahun 2007 saya terbaca akhbar mengisahkan kejayaan beliau seterusnya menjadi tarikan minat saya yang pada ketika itu hanya menjalankan bisnes mail order konvensional.

Bermula dari Continue reading

Tips Perniagaan

Cara supaya orang klik dengan banner online di Whatsapp

Published by:

Kad Online

Bismillah..

Aishhh.. Jangan la klik imej di atas tu.. Ia sesuai untuk aplikasi sosial seperti Whatsapp, Telegram dan seangkatan dengannya sahaja.

Ia adalah kad online aplikasi sosial. Saya rasa, saya orang pertama guna pendekatan ni untuk mengiklankan bisnes saya. Hehehe… (perasan je..)

Ok, tak kisahlah samada anda nak kata ini bukan kad tapi banner ke tak kisah lah. Yang penting.. Continue reading