Blog Mekanik Bisnes » Blog Archives

Tag Archives: SMS Blaster

Tip Pemasaran Tips Perniagaan

Fikirkan Apa Yang Kita Nak Beri dan SMS Blaster?

Published by:

Bismillah,

Hari Ini Kita Bangun Tidur, Fikirkan Apa Yang Kita Nak Beri, Bukan Fikirkan Apa Yang Kita Akan Dapat!” Begitulah lebih kurang pesanan yang diberi oleh Dr. Azizan Osman pakar motivasi perniagaan nombor satu Malaysia kepada kita yang mendengarnya. Sebenarnya dari awal lagi saya sudah tahu petua kejayaan, petua mudah rezeki atau petua untuk cemerlang diri ni sebab itu adalah ilmu yang saya dapat dalam fasa pertama pembabitan saya dalam dunia perniagaan.
Tetapi alat yang paling POWER untuk berjaya cemerlang dalam dunia perniagaan adalah sistem maklumat pelanggan. Ada dua jenis sistem atau database yang membolehkan kita menyimpan maklumat pelanggan. Yang pertama adalah penggunaan SMS Blaster yang mana kiriman sudah tentu melalui SMS. Biasanya sistem ini adalah untuk peniaga konvensional.