Blog Mekanik Bisnes » Blog Archives

Tag Archives: Tanpa modal

Tips Perniagaan

Tips Berniaga di Facebook tanpa Modal?

Published by:

Bisnes tanpa modal

Bismillah..

Ada ke “Tips Berniaga di Facebook tanpa Modal?” Huhu.. realistik la.. Modal bisnes ke pemasaran yang tanpa kos ni? Bila saya update status facebook saya berkenaan membuat bisnes tanpa modal, ada juga rakan yang mengatakan mustahil ia berlaku. Skim cepat kaya pun nak pekena secawan kopi juga kat meja restoren, ini kan pula nak buat bisnes tanpa modal..?

Hehe.. Memang ada bisnes tanpa modal. Kalau kita ada ilmu, ia takkan mustahil dilakukan. Takrifan saya berkenaan bisnes tanpa modal ni adalah menggunakan wang yang sedia ada bukan meminjam dari sesiapa, menggunakan apa yang ada disekeliling kita yang sudah memang ada milik kita atau yang hanya guna kos yang sangat sedikit. Tapi kalau nak dapat yang betul-betul zero cost pun ada.

Di bawah ini saya akan bagi pencerahan lagi berkenaan idea bisnes tanpa modal.

Contoh #1 analoginya begini. Masa kita kecik-kecik dulu bila kita nakkan sesuatu dari ibu bapa kita apa yang kita buat? Kita merayu, merengek, ambil hati ibu bapa dengan cuci pinggan, kemas halaman rumah dan macam-macam lagi bukan? Continue reading