Category Archives: Tip Kewangan

Tip Kewangan

Menyelamatkan Ekonomi Keluarga dengan Bekerja dari Rumah

Published by:

Bismillah

*Pos ini adalah arkib dari Blog Post saya dari blog yang terdahulu. Harap Maklum.

Atas keperluan atau kemahuan dalam menjalani gaya kehidupan, kebanyakan dari kita akan terdorong untuk berhutang. Ramai yang berani untuk berhutang tetapi ramai pula takut apabila tidak dapat membayar hutang dan dikenakan tindakan undang-undang.

Kini kemestian untuk memiliki kenderaan sendiri telah menjadi satu keperluan bagi kebanyakan dari kita. Mahu atau tidak, ramai di antara kita terpaksa berhutang untuk memiliki kenderaan. Kesedaran untuk memiliki rumah sendiri juga telah mendorong seseorang untuk berhutang. Memang tidak dapat dielakkan dengan 2 jenis hutang yang disebutkan diatas memandangkan keperluannya dalam kehidupan kita masa kini.

Malah jika tidak berhutang, rata-rata masyarakat tidak akan dapat memilikinya dalam masa terdekat sebagai memenuhi keperluan hidup. Cuma ia memerlukan kita untuk menilai pilihan yang sepatutnya untuk kita miliki berdasarkan keperluan dan sumber pendapatan kita. Jika pendapatan tetap kita sekitar RM 2,000 sebulan, apakah perlu untuk kita mendapatkan Toyota VIOS atau sekadar memiliki kereta Kancil? Continue reading

Tip Kewangan Tips Perniagaan

BR1M – Peluang Jana Pendapatan

Published by:

Bismillah,

Alhamdulillah, semasa entri ini di tulis, ramai yang dah dapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M. Saya tak perasan, sepatutnya saya sudah pesan sebelum BR1M itu diperolehi, jadi dapatlah buat perancangan ye tak? Tak pe, jika dah lepas, buat perancangan jika dapat tahun yang berikutnya. Tak kisahlah kalau bukan BR1M sekalipun, jika kita dapat wang tambahan bukan sepatutnya kita enjoy. Jadi… Anda buat apa duit tu? Belanja keperluan keluarga? Adakah kita tambah pelaburan untuk menjadikan wang itu lebih membawa keuntungan buat kita?
BR1M.. Hobi Menjadi Duit
Hairizal Hamidon : Hobi Menjadi Duit

 

Continue reading

Tip Kewangan Tips Perniagaan

Bila Ringgit Malaysia Jatuh!

Published by:

Bismillah

RM jatuh

 

Minyak naik beban buat rakyat. Manakan tidak minyak adalah ibu kepada bahan keperluan. Jadi bila minyak naik, barangan lain akan turut naik juga dan kita pula akan naik minyak! Sampai keluar asap kat telinga.. Kekeke..
Tambahan lagi bila duit kita jatuh (biasanya orang buat perbandingan dengan US Dollar) beban buat rakyat bertambah parah. Nak ke luar negeri pun terasa bila membuat pertukaran matawang. Habis tu ada tak caranya untuk kita ke luar negara? Ada. Solusinya ialah dengan membawa jongkong emas… Hehehe
Tip Kewangan Tips Perniagaan

Cashbook – Mengelakkan dari kehilangan wang.

Published by:

Bismillah

 

cash book
Kredit gambar : Puan Ainon Mohd
Apabila membuka bisnes, antara perkara penting adalah adanya cashbook. Cash book membantu kita mengetahui aliran tunai setiap hari. Di mana wang itu masuk, produk yang terjual dan wang keluar seperti membeli bahan, barangan yang diperlukan untuk perniagaan. Dengan adanya cashbook, kita dapat menangkap pekerja yang tidak jujur dengan kerjanya. Ehh ye ke? Huhu.. Setidak-tidaknya kita dapat mengurangkan risiko kecurian atau kehilangan terutama untuk not-not besar wang keluar masuk anda.Tengok aje la gambar di atas. Itu adalah contoh buku aliran tunai. Nampakkan bagaimana duit itu boleh masuk atau keluar?

Wassalam..