Category Archives: Tip Pemasaran

Tip Pemasaran Tips Perniagaan

Bagaimana Mahu Menaikkan Trafik di Blog – Survey

Published by:

Bismillah

Apabila membuat bisnes secara online atau ingin menjana pendapatan di internet, kita perlu membuat beberapa survey. Cuba cari kata kunci di web browser (pelayar web) sebagai contoh seperti ini “bagaimana mahu menaikkan trafik di blog”. Kemudian kita akan dapati begitu banyak tips yang akan diberikan untuk menaikkan trafik blog. Kebiasaannya blog atau web yang mengeluarkan artikel ini sudah punyai banyak pengikut. Kebiasaannya separuh daripadanya akan menjadi pembaca setia yang sentiasa mengikuti setiap entri yang dikeluarkan.

Kita akan dapati blog atau web yang menggunakan konsep yang bagaimana akan disukai pembaca di internet. Tetapi berhati-hati dengan memilih niche kesukaan pembaca kerana bila ramai pembaca maka banyak jugalah saingan buat kita. Jika tersilap langkah dan tidak mahir menggunakan keyword mesra SEO, blog atau web kita akan tenggelam. Continue reading

Info Tip Pemasaran

Perbezaan Flyers dan Sales Letter

Published by:

Apakah maksud sales letter? Sales letter adalah surat jualan atau ayat jualan yang bertujuan untuk menarik dan mengujakan pembaca membeli produk atau perkhidmatan kita. 
Berbalik kepada perbezaan sales letter dan flyers. Sebenarnya tiada perbezaan antara sales letter dengan flyers. Keduanya adalah sama sahaja iaitu dengan tujuan iklan seterusnya promosi untuk jualan produk dan servis. Banyak jenis atau kategori yang boleh disamakan dengan sales letter. ‘Adik beradik’ kepada sales letter ini adalah seperti:

Continue reading

Tip Pemasaran Tips Perniagaan

Simpan Fail dan Portfolio bagi Meyakinkan Pelanggan

Published by:

Bismillah..
Semalam saya terjumpa dengan seorang kontraktor cina. Saya mengenali beliau semasa saya masih lagi bekerja di sebuah kilang. Kontraktor cina tersebut juga asalnya cuma seorang pekerja biasa. Dari sudut pandangan saya, saya melihat hasil dari ketekunan, minat, berusaha dan bersungguh beliau dinaikkan sebagai ketua dikalangan pekerja. Senang cerita kira otailah dikalangan pekerja yang membuat kerja-kerja pembaikan dimana-mana kilang termasuk kilang tempat saya bekerja dahulu. Waktu tu saya adalah seorang technician yang kadangkala mengawasi kontraktor pembaikan ini bekerja.

Continue reading

Tip Pemasaran

Iklan atau Promosi kaedah Soft Selling

Published by:

*Pos ini adalah arkib dari blog saya yang terdahulu…
Bismillah,
Hari Selasa yang lepas jadual agak padat walaupun Public Holiday. Dengan majlis perkahwinanlah, meeting, dan personal coaching.. Upsss ia adalah hari cuti umum bagi mereka yang bekerja di Johor sahaja kerana hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.
Ada beberapa tips untuk mengiklankan bisnes kita. Ambillah kesempatan apabila menghadiri keramaian, perjumpaan atau sebagainya dan mengambil kesempatan melalui perbualan dengan seseorang tu janganlah lupa untuk memberikan kad bisnes walaupun sebelum ni mereka pernah dapat kad bisnes kita. Kalau pandai reka sendiri kad bisnes lagi bagus. Ia akan menjimatkan wang. Buatlah desain atau warna lain pula untuk kad bisnes kita untuk edisi seterusnya. Jadi alasan untuk memberikan lagi kad bisnes tu ada untuk kenalan lama atau kenalan baru kita tu.
Kenapa kita perlu berikan lagi kad bisnes sedangkan sebelum ni mereka pernah dapat kad bisnes kita? Haa.. salah satu sebabnya adalah agar mereka ingat semula dan mudah-mudahan tertanam dalam fikiran mereka bisnes yang kita jalankan. Bukankah bagus walaupun mereka bukanlah sasaran pelanggan kita tetapi mereka berupaya menjadikan orang lain menjadi pelanggan kita? Kuasa iklan dari mulut ke mulut tu POWER tau..(bukan CPR haa..) huhu..Tips yang ke-2 adalah dengan menulis ebook. Anda tidak perlu risau bagaimana nak dapatkan idea bagi menulis atau anda memang tahu anda tidak pandai mengarang ayat.., itu tak menjadi masalah. Sekarang ni kan banyak dah ebook yang anda boleh dapatkan dengan percuma aje. Kumpulkan ebook di bawah niche atau dari kumpulan tajuk yang sama kemudian anda cari poin-poin ebok-ebook tersebut dan tuliskan untuk anda berhasil membuat ebook sendiri. Samada anda menjual itu perkara kedua. Tapi untuk tips dalam pos ini anda hanya perlu mengedarkan ebook ini secara percuma sahaja dan dalam ebook tersebut anda boleh selitkan iklan bisnes anda sekali dalam ebook tersebut. haa.. ok tak? Tips yang ke-3…

Continue reading