Category Archives: Tutorial

Tips Perniagaan Tutorial

Cara Nak Buat dan Jenis E-Book

Published by:

Bismillah,

Entri yang saya buat kali ni juga adalah satu permintaan dari pembaca blog ini. Saya merasakan masih ramai yang tidak tahu cara nak buat e-book dan mungkin masih ramai yang tidak tahu apa itu e-book.
word pdf ebook writer

 

Seperti saya dahulu ketika saya sudah pandai buat sebuah laman web, saya masih tidak tahu cara nak buat e-book. Saya masih buat buku yang berbentuk fizikal paling tradisional. Apa tu? Ye lah, saya buat dalam Microsoft Word, saya print melalui mesin printer, saya fotostat banyak-banyak (kalau buat sikit kan mahal), saya binding, saya promosi melalui laman web saya untuk jual dan akhirnya saya akan dapat duit.. Oh!
Sebab apa? Sebab saya tak tahu nak buat e-book yang keuntungannya boleh mencecah 300 peratus!(malah lebih) sebab tidak ada modal diperlukan. Modal hangus tu adalah, modal tetap iaitu komputer dan internet. Yang lain tu boleh dapat free je..
Saya cukup berasa hampa bila saya beli e-book dengan tajuknya lebih kurang macam ni ‘Bagaimana Nak Buat E-book‘, tapi tak diterangkan bagaimana proses dari word ke pdf dan cara bagaimana nak buat kaver e-book.