Tip Motivasi Tips Perniagaan

SOHO – Perlukan Disiplin Perlukan Motivasi

Published by:

Bismillah

Ketika dok seronok melayan rancangan di TV diwaktu pagi, saya tetap mengerling jam dinding yang berada di atas sebelah kiri TV. Oh! Dah pukul 9.00 pagi. Waktu untuk masuk kerja! Fokus. Tetapkan mental. Rancangan yang telah dirangka semalamnya akan dilaksanakan hari ini. Tarik nafas dan berjalan menuju ke ‘tempat kerja..’

Tempat kerja saya? Oh tak jauh.. Hanya beberapa langkah sahaja di dalam rumah dah pun sampai… Buka pintu disalah satu bilik yang dijadikan pejabat dan tutup pintu rapat-rapat. Kalau boleh taknak dengar langsung bunyi siaran di TV. Nak tutup terus TV tak boleh, kejam pula pada orang lain yang mahu menonton. Kita perlu jadikan diri kita berdisiplin walaupun berada di rumah.

Inilah latihan disiplin awal jika anda nak kembangkan bisnes dengan mempunyai staf dan pejabat sendiri suatu hari nanti. Continue reading

Tips Perniagaan

Akad Lafaz dalam Perniagaan Islam

Published by:

Bismillah

Saya teringat ketika saya singgah di sebuah gerai menjual putu piring di taman tempat saya tinggal. Kakak penjual putu piring sudah pun tersenyum sebelum saya sampai lagi beberapa tapak ke gerainya. Saya bertanya juga walau sudah mengagak harganya. “Akak, putu piring ni macam mana kira?” “Sekotak ni dua ringgit, dalam sekotak ni ada enam keping..” Cukup lengkap jawaban yang diberikan akak ni sejurus selepas saya bertanya. “Oh, kalau macam tu, berikan saya untuk empat ringgit..” Kakak putu piring tu cepat sahaja membungkuskan dengan dua beg plastik berasingan berisi setiap satunya sekotak polysterine yang telah pun berisi putu piring. “Terima kasih saya jual..” Sambil mengucapkan terima kasih, tangan kakak putu piring tu sudah pun menghulurkan bungkusan putu piring tersebut. “Saya beli..” Pantas juga saya menjawab bersama empat helaian duit seringgit yang saya hulurkan buat kakak putu piring.

Tersenyum saya sebab dah lama saya tak dengar seorang peniaga mengucapkan terima kasih yang disertakan sekali dengan perkataan “saya jual” Biasanya peniaga hanya mengucapkan “Terima kasih” sahaja. Menurut pemahaman saya, jika dalam adab jual beli dalam islam, ini juga dinamakan ‘akad’ yang baik. Continue reading

Info Tips Perniagaan

Membuat Hak Cipta Terpelihara dengan Kos Paling Murah

Published by:

Bismillah
Jika nak diperkatakan dengan Hak Cipta Terpelihara (copyright), paten dan sebagainya memanglah tak tertulis di sini. Buku rujukan saya contohnya dari Dewan Bahasa dan Pustaka pun lebih dari 150 muka surat. Belum lagi buku rujukan berkaitan Hak Cipta Terpelihara saya yang lain.. huhu.. Penting bagi kita peniaga mengetahui hak kita sebagai pembuat, pengeluar produk atau bahan dan perkara lain yang seumpamanya.
Saya rasa ramai yang ingin tahu bagaimana mahu membuat hak cipta bagi produk sendiri kan? Baiklah, secara ringkasnya saya ingin membicarakan berkenaan produk berbentuk penulisan seperti e-book dan bagaimana dapat kita melindunginya. Bagi sahabat yang mempunyai modal yang kecil tak terlaratlah untuk mengupah seorang peguam menguruskannya untuk kita. Sebenarnya kita telah dilindungi oleh hak cipta walau hanya menulis beberapa perkataan. Seperti saya menulis entri blog ni.. Hehe.. siapa yang buat copy and paste dari blog ni saya akan saman.. ha ha ha.. Saje je lah, boleh je kalau nak copy and paste tapi kreditkanlah atas nama saya atau URL blog ni.. atau lebih terhormat adalah dengan bertanya sendiri kepada saya.. No problem 🙂

Continue reading

Info Tips Perniagaan

Bisnes Pelbagai Tingkat itu adalah MLM ke ?

Published by:

Bismillah

Terdapat pelbagai bisnes di dunia ini. Apabila kekuatan bagaimana untuk menjana pendapatan itu ada dalam diri seseorang, maka mereka akan kreatif untuk menghasilkan pendapatan atau bisnes baru. Tetapi walau bagaimana pun, ramai yang ingin membuka sesuatu bisnes namun yang jadi penghalangnya adalah modal. Untuk menjalankan bisnes, saudara mesti kena sediakan modal, baru boleh bisnes!

Tetapi tahukah saudara berapa banyak modal yang di perlukan untuk menjalankan bisnes itu? Ia bergantung kepada bisnes apa yang saudara ingin jalankan. Tetapi masih lagi terdapat masalah bagaimana pula untuk dapatkan modal itu? Untuk mendapatkan atau untuk menghasilkan modal itu pula ada pelbagai cara. Tahukah saudara, untuk menjalankan bisnes itu tak semestinya saudara perlukan modal yang besar! Ada juga modal yang kecil dan ada juga membuat bisnes tanpa modal! Huh! camner tu ye…? Continue reading

Tip Motivasi

Bekerja Ikhlas Berniaga pun Kena Ikhlas

Published by:

Bismillah

Huuu.. Nasib baik teringat untuk menulis di blog. Sepertinya telah dikejutkan oleh jam loceng dalam kepala (biological clock) ini kerana ia telah di setkan dalam kepala dan juga telah di tulis dalam jadual untuk menulis sesuatu di blog pada hari ini buat tatapan rakan yang sudi membaca hasil tulisan saya, saya ucapkan ribuan terima kasih… Bukan apa, kebelakangan ini jadual agak padat kerana penambahan kerja-kerja baru yang mesti disiapkan mengikut jadual disamping tidak lupa tanggungjawab terhadap keluarga jadi kenalah bahagikan masa buat mereka juga…

Semalam seorang kawan lama tempat kerja saya dahulu datang untuk meminta bantuan. Cuma nak tanya buat resume.. Saya tanya “Kenapa tiba-tiba tanya nak buat resume? Bukankah kau adalah orang yang paling disayangi kompeni?” Saya cuba berseloroh. “Bukanlah, aku tengah tension ni..” Beliau menjawab. Hmm.. kadang-kadang nasib bekerja dengan orang ni pun bukanlah penjamin masa depan gemilang. Bagi kompeni yang bertanggungjawab dan bagus, mereka akan lihat kemampuan dan usaha seorang pekerja dan pekerja tersebut layak mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah diusahakan selama ini. Continue reading