Tip Motivasi Tips Perniagaan

Halangannya Adalah Kerana Banyak Sangat Alasan

Published by:

Bismillah

Apabila kita sedar akan kepentingan perniagaan dan masih ada minat dalam jiwa kita tetapi kita masih punyai persoalan dan juga alasan-alasan untuk memberikan jawapan mudah kepada diri sendiri agar tak perlu lagi meneruskan hasrat untuk lebih berjaya. Apa yang saya nak perkatakan adalah sebenarnya jiwa kita kecil. Ya, masih lagi kecil kerana mungkin disebabkan sebelum ini kita telah menerima pandangan yang salah berkenaan perniagaan dan belum benar-benar termotivasi kerana kekurangan ilmu berkenaan perniagaan. Di sini saya senaraikan beberapa persoalan dan alasan yang sering kedengaran seperti.. Continue reading
Tip Motivasi

Kita Yang Tentukan Pilihan Kita – Biasa atau Luar Biasa

Published by:

Bismillah

Dahulu sewaktu saya masih bekerja makan gaji, ramai diantara rakan-rakan saya adalah mereka yang merokok. Apabila berbual-bual bersama mereka sudah semestinya mereka akan merokok. Apa yang melekat pada badan saya adalah bau asap rokok. Sebaliknya berlaku apabila kita memasuki kedai minyak wangi. Masuk tak pakai pewangi, tetapi keluar bau haruuuummm.. je.. badan kita…huhu..

Begitu juga kita yang inginkan ilmu, inginkan kejayaan atau inginkan kekayaan maka berkawanlah dengan mereka yang berilmu, yang berjaya atau yang kaya supaya secara tak sengaja pun kita akan terikut rentak, cara dan akan memperolehi apa yang mereka miliki. Bukanlah maksud saya apabila berkawan dengan orang kaya kita berpeluang untuk dapat meminjam duit mereka atau terus membuang langsung kawan-kawan yang lain. Continue reading

Tip Motivasi

Kaitan Sikap dan Teknikal dalam Bisnes

Published by:

Bismillah

Tajuk kita kali ni adalah berkenaan ‘Kaitan Sikap dan Teknikal dalam Bisnes‘. Menurut satu kajian, seseorang yang berjaya mempunyai dua perkara yang menentukan kejayaannya. Ia adalah sikap sebanyak 75 peratus manakala teknikal adalah 25 peratus. Ini bermakna sikap seseorang itu yang akan dapat mengukur kejayaan mereka. Tetapi sebaliknya berlaku bagi kebanyakkan usahawan baru menyangka dan lebih menitik beratkan soal teknikal untuk berjaya.

Mereka belajar mendapatkan ilmu dan mahir tetapi setakat manakah kejayaan mereka. Kita lihat berapa banyak ilmu berkaitan teknikal yang ramai tercari-cari untuk mendapatkannya tetapi ramai jugakah yang menikmati kejayaan? Berapa banyak ilmu pun yang kita belajar tetapi diri kita tidak mahu berubah, tiada kesungguhan, tiada keazaman, tiada kecekalan, tiada matlamat dan tiada tindakan di mana kejayaan itu dapat dihasilkan? Continue reading

Tip Motivasi

Mudahnya Jika Ada Kabel Bisnes

Published by:

Bismillah

Kadang-kadang kita akan terdengar orang dok bercerita pasal orang-orang kaya ni.. Ada di antara mereka yang kita akan mempersoalkan kekayaan mereka kerana mereka menggunakan kabel iaitu orang atas atau orang dalam bagi mencapai kejayaan ‘mudah’ tersebut. “Elleh, tak heranlah aku kalau dia kaya setakat menggunakan orang dalam.. Apa kes!” Terdengar suara yang mengata-ngata orang kaya seperti ini. Mungkin juga mereka orang-orang kaya berkenaan akan balas dengan jawaban seperti ini… “Ah! Peduli apa aku korang nak mengata apa pun bukannya korang nak bantu aku pun selama ni..!”

Setiap orang punyai prinsip kejayaan mereka sendiri. Semua orang berhak membuat keputusan mereka sendiri. Bagi orang-orang yang menempah kejayaan dengan cara ini ada beberapa sebab yang saya tidak akan membahaskan pilihan mereka sebab antaranya… Continue reading

Tips Perniagaan

Apa Dia Bisnes yang Sempurna

Published by:

Bismillah

Wah.. Apa dia bisnes yang sempurna tu ye? Haha.. sebenarnya entri kali ini bukanlah ingin membincangkan berkenaan jenis bisnes yang sempurna. Tiada yang benar-benar sempurna dalam diri kita hamba Allah ni.. Jika kita rasa apa yang kita dah lakukan itu sudah sempurna ia bukanlah sempurna tetapi ia adalah usaha yang terbaik dari kita. Tiada titik kesempurnaan dalam apa jua yang kita lakukan. Jika sempurna, mengapa masih lagi ada orang yang tidak minat, tidak puas hati, tidak suka atau tidak membeli pun dari kita?

Kadang-kadang saya sendiri pun terkena sindrom kesempurnaan ini sehingga melambatkan usaha saya memberi manfaat buat orang lain. Alhamdulillah apabila teringat saya akan terus laksanakan. Bagi mereka yang ingin jadi usahawan, ada diantara mereka yang menangguhkan hasrat mereka kerana tiada kesempurnaan jika tiada peralatan, kelengkapan lainnya dan premis (tempat) yang memerlukan modal bagi merealisasikan impian. Kalau macam tu bukan lagi modal wang yang kecil atau modal sedia ada yang diperlukan, ia suatu modal yang besar. Maka akan terjadilah keadaan bergolok bergadai atau meminjam. Continue reading