Tip Motivasi

Berikan Sebab Kenapa Anda Mahu Buat BISNES?

Published by:

Bismillah

Banyak sebab sebenarnya kenapa saya terdorong melakukan bisnes. Antara tujuan saya menjalankan bisnes adalah ingin mencapai kebebasan dan kesenangan hidup. Alasan ini adalah alasan besar saya dan di dalamnya banyak lagi sebab kenapa saya mesti menjalankan bisnes. Namun alasan ini adalah terlalu umum. Apabila dinyatakan dalam keadaan yang terlalu umum tanpa alasan yang spesifik, kita tidak akan memperolehi kekuatan untuk teruskan bisnes kita. Mungkin anda boleh nyatakan alasan spesifik anda seperti dua contoh di bawah ini.

  1. Saya mahu hapuskan hutang yang ada dan tidak mahu lagi berhutang. – Jika tidak mahu berhutang nyatakan dalam bentuk angka tepat kemudian tulis dan tampal pada tempat kita sentiasa dapat lihat setiap hari seperti.. “Kini baki terkini hutang kereta saya pada bulan ini adalah RM 9,540.20 dan sasaran saya untuk menetapkan bayaran sekali ganda pada akhir bulan ini dan pada bulan-bulan berikutnya iaitu RM 1,000 bagi mempercepatkan proses pelupusan hutang dan saya akan dapat merasai nikmatnya memiliki kereta saya yang sebenar. Saya akan dapatkan gerannya pada 31.12.2011. Kerana dengan cara ini akan menguntungkan saya. Ini bermakna saya akan gandakan usaha saya menambahkan sumber kewangan saya. Saya boleh melakukannya”. Tebalkan atau highlight perkataan yang menggambarkan keadaan yang menggembirakan. Mungkin anda boleh memikirkan perkataan yang menggambarkan kebimbangan juga. Yang penting anda selalu termotivasi untuk melaksanakan perkara yang baik ini.

Continue reading

Tips Perniagaan

Lebihkan Nilai Kerja & Keuntungan Bisnes dengan Cara Terbaik dan Ikhlas

Published by:

Bismillah

Mengambil upah untuk kerja-kerja memotong rumput merupakan salah satu dari bisnes SOHO juga. Ada pekerjaan yang kita boleh melakukannya sendiri tetapi apabila mengikut keadaan-keadaan tertentu, ia lebih bernilai jika kita mengupah mereka yang lebih berhak atau profesional dalam bidang tersebut.

Sejak kebelakangan ini saya tidak sempat untuk menguruskan laman rumah saya. Rumput semakin panjang termasuk di luar pagar rumah saya rumput kaki lima yang tumbuh dengan cepat selepas musim hujan yang lepas. Saya mengenali seseorang yang mahir memesin rumput dan mengetahui beliau sedang mencari peluang memotong rumput. Saya mengupahnya untuk kerja-kerja tersebut. Continue reading

Tips Perniagaan

Bahasa Ayat Pertuturan Orang Bisnes

Published by:

Bismillah

Bagi seorang peniaga, bahasa memainkan peranan yang paling penting walau kita hanya menguruskan perniagaan mail order dan bersuara melalui surat jualan sahaja. Bahasa akan menggambarkan diri seorang peniaga seterusnya adalah menggambarkan sekali bisnes mereka. Jadi latihan dari ilmu yang dipelajari, yang didengari, dipraktis dan dibiasakan adalah penting. Kita bukan lagi orang awam yang bebas mengucapkan apa sahaja, kerana bahasa kita adalah bisnes kita.

Bahasa yang digunakan juga boleh menggambarkan sejauh mana bisnes kita akan mencapai hasil yang baik. Bahasa juga bergantung juga kepada bisnes yang dijalankan. Di sini saya merumuskan kepada 3 jenis gaya bahasa pertuturan peniaga.

  1. Peniaga jenis pasar,
  2. Peniaga jenis urusan terbuka
  3. Peniaga konvensional mail order/Internet.

Continue reading

Tip Motivasi Tips Perniagaan

Tetap Terus Melakukan Matlamat Walau Sibuk

Published by:

Bismillah

Wah… Hampir sahaja saya tidak dapat menulis lagi hari ini. Oleh kerana saya telah membuat satu matlamat dan teringat tips dari mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, langsung saya teruskan juga menulis walau sesibuk mana sekalipun. Memang dalam masa dua minggu ini, saya dapat melihat urusan dan masa saya berada pada tahap gaban (tertinggilah tu..).

Beberapa hari lepas sibuk dengan jemputan perkahwinan beberapa tempat, memandu ke sana, memandu ke sini, nasib baik pandu kereta, kalau tunggang kuda mahu saje kuda tu buat side kick kat saya.. huhu.. almaklumlah cuti sekolah.., Lepas tu kerja-kerja membuat e-book baru dan membaiki e-book lama, menyiapkan dan menyunting blog perkongsian dan masih dalam pembaikan dan lagi pada hari ini saya akan ke Melaka membawa anak dan isteri melancong.. Oh~ Continue reading

Tip Kewangan

Menyelamatkan Ekonomi Keluarga dengan Bekerja dari Rumah

Published by:

Bismillah

*Pos ini adalah arkib dari Blog Post saya dari blog yang terdahulu. Harap Maklum.

Atas keperluan atau kemahuan dalam menjalani gaya kehidupan, kebanyakan dari kita akan terdorong untuk berhutang. Ramai yang berani untuk berhutang tetapi ramai pula takut apabila tidak dapat membayar hutang dan dikenakan tindakan undang-undang.

Kini kemestian untuk memiliki kenderaan sendiri telah menjadi satu keperluan bagi kebanyakan dari kita. Mahu atau tidak, ramai di antara kita terpaksa berhutang untuk memiliki kenderaan. Kesedaran untuk memiliki rumah sendiri juga telah mendorong seseorang untuk berhutang. Memang tidak dapat dielakkan dengan 2 jenis hutang yang disebutkan diatas memandangkan keperluannya dalam kehidupan kita masa kini.

Malah jika tidak berhutang, rata-rata masyarakat tidak akan dapat memilikinya dalam masa terdekat sebagai memenuhi keperluan hidup. Cuma ia memerlukan kita untuk menilai pilihan yang sepatutnya untuk kita miliki berdasarkan keperluan dan sumber pendapatan kita. Jika pendapatan tetap kita sekitar RM 2,000 sebulan, apakah perlu untuk kita mendapatkan Toyota VIOS atau sekadar memiliki kereta Kancil? Continue reading