Tips Perniagaan

Bagaimana Jana Pendapatan dengan Berniaga Tanpa Modal

Published by:

Bismillah

Dalam zaman gawat, inilah kata kunci yang sering kita cari. Menurut pengamatan saya, kata kunci seperti tajuk di atas mungkin dicari oleh empat golongan iaitu :

  • Mereka yang telah berada dalam kesempitan kewangan,
  • Mereka yang bercita-cita untuk kaya (kalau boleh biarlah kaya dengan cepat..),
  • Ia di cari oleh mereka yang ingin tambahkan pendapatan.
  • Bahkan ia dicari juga oleh golongan yang sudah mempunyai pendapatan yang hebat dan ingin mencuba menambahkan lagi pendapatan mereka.

Syabas saya ucapkan bagi golongan yang ke-3 kerana berusaha ke arah itu. Tapi biarlah diutamakan dengan kesedaran mengukuhkan kewangan untuk simpanan kemudian hari ketika masih berada di dalam zon selesa dalam kehidupan. Kata pakar kewangan saudara Azizi Ali, perkara yang paling berisiko dalam hidup berkenaan pendapatan adalah mereka yang tidak mempunyai pendapatan kedua. Itulah yang saya ingat dengan maksud yang disampaikan. Continue reading

Info

Membuat Urusan di Saat Akhir

Published by:

Bismillah

*Pos kali ini adalah arkib yang di ambil dari blog saya sebelum ini. Harap maklum.

Pada kali ini saya agak kelewatan menulis blog. Almaklumlah hari isnin. Tapi kali ni diluar dari kebiasaan. Dan pada ketika saya menulis entri ini jam sudah menunjukkan 11:26pm lebih kurang setengah jam lagi akan tamat tempoh potongan pembayaran saman yang dikenakan untuk rakyat Malaysia. Pihak kerajaan telah memberikan satu jangkamasa yang lama bagi memberi peluang pesalah trafik membayar saman mereka dan kali ni tindakan lebih tegas telah diambil dimana bagi pesalah trafik yang tidak membayar saman akan disenarai hitamkan.

Siang tadi saya ke bandar dan melalui balai polis trafik kemudian saya juga telah singgah ke Pejabat Pos. Kedua-dua tempat ini telah dikunjungi oleh begitu ramai orang awam yang ingin membayar saman di saat-saat akhir sehingga menyebabkan sistem pembayaran terganggu termasuk sekali laman sesawang MyeG juga tidak dapat diakses dengan sepatutnya. Continue reading

Tips Perniagaan

Tips Untuk Ubah kepada Kejayaan Perniagaan

Published by:

Bismillah

Sudah pasti kita selalu atau pernah berada dalam situasi yang selesa dalam kehidupan kita. Atau jika kita menonton rancangan tv kesukaan kita, dan duduk tanpa banyak mengubah kedudukan kita sudah pasti kita berasa selesa dengan tempat duduk yang kita sedang menonton. Apabila rasa tidak selesa, kita akan mengubah kedudukan kita lebih selesa agar pakej menonton itu akan jadi lebih best! 🙂

Begitulah juga halnya dengan bisnes. Jika bisnes kita tidak berubah kepada pencapaian yang kita inginkan dan rancangkan maka kita perlu berubah kepada kaedah yang lain. Mungkin kedudukan perancangan kita sebelum ini salah atau kurang sesuai dengan bisnes kita akan menyebabkan perjalanan dan keputusan bagi kejayaan bisnes tidak akan mencapai hasil yang memuaskan. Continue reading

Tips Perniagaan

Tiga Langkah Mudah Bisnes SOHO

Published by:

Bismillah

Untuk memulakan bisnes SOHO hanya memerlukan tiga langkah mudah sahaja. Tetapi sebelum itu tanya pada diri mahu atau tidak untuk menjana pendapatan melalui bisnes. Wajar jika anda memilih mahu kerana kita perlu fikirkan masa depan kita dan keluarga. Lagi pun bisnes SOHO adalah antara bisnes yang paling selamat bagi diusahakan. Lihat entri sebelum ini.

Tiga langkah tersebut adalah langkah asas sahaja. Jika hendak diperincikan lagi mungkin ia boleh ditambah kepada beberapa langkah lagi. Ia adalah mengikut keperluan juga mengikut jenis bisnes yang kita lakukan samada produk atau perkhidmatan. Apakah 3 langkah tersebut? Continue reading

Tips Perniagaan

SOHO – Bisnes paling Selamat tanpa Modal Perniagaan yang Besar

Published by:

Bismillah

Definisi SOHO – Small Office Home Office. SOHO – Bisnes paling Selamat tanpa Modal Perniagaan yang Besar. Bagi mereka yang berniaga dan beroperasi dari rumah walaupun hanya mengambil upah ia juga dikira bisnes SOHO. Selama saya mengusahakan bisnes SOHO, saya memperuntukkan modal yang kecil untuk memulakan bisnes. Sesiapa juga boleh menjalankan bisnes.

Bagi yang tidak mempunyai modal yang besar, solusi yang saya cadangkan adalah dari bisnes-bisnes SOHO kerana kebanyakkan bisnes SOHO hanya bermodal rendah dan bisnes ini baik bagi mereka yang mahu belajar berniaga atau berjinak-jinak dengan alam perniagaan. Continue reading