Info

Warna dan Kepentingan kepada Perniagaan

Published by:

Bismillah

Warna amat penting dalam kehidupan. Jika semua benda hanya mempunyai satu warna sudah tentu ia sangat membosankan. Sebab itu Tuhan menciptakan pelbagai warna. Warna boleh dikaitkan juga dengan maksud-maksud tertentu. Di dalam diri, kita juga punyai warna-warna yang tertentu yang boleh menggambarkan sifat atau peribadi seseorang. Ramai orang melihatnya sebagai aura.

Baiklah untuk entri kali ini saya ingin membincangkan kepentingan warna dalam perniagaan. Apabila kita membuat logo, atau memilih warna perniagaan, pilih lah dengan bijak.

Al & Laura Reis adalah seorang penulis buku motivasi perniagaan menyatakan di dalam buku mereka berkenaan makna pada warna telah dinyatakan seperti berikut :

Continue reading

Tip Motivasi

Jika Anda di berikan RM 1 JUTA ! Apa yang Anda nak Buat ?

Published by:

Bismillah

Bila ada sambutan Maulidurrasul, kebiasaannya setiap tahun saya akan ke masjik jamek. Selain bagusnya ceramah agama yang di adakan, acara yang terakhirnya adalah makan! Hahaha.. Saya sebenarnya datang bukanlah untuk makan nasi minyak maulidurrasul semata-mata tetapi saya datang kerana seronok untuk makan bersama-sama jemaah yang hadir makan satu hidang (dulang) 3-4 orang!

Semalam petang juga saya dikunjungi jiran lama rumah saya yang berbual beberapa topik. Topik yang paling best jiran saya tu adalah berkenaan tuntutan harta pusaka bernilai jutaan ringgit. Baru-baru ni ada di wawancara di salah sebuah TV tempatan. Kini tinggal 20-30 peratus sahaja proses untuk mendapatkan kembali tuntutan tersebut. Oh.. Rezeki orang siapalah yang tahu ye tak? Continue reading

Tips Perniagaan

Merangka Perancangan Bisnes

Published by:

Bismillah

Beberapa tahun lepas, mengimbau kenangan ketika saya menulis blog post ini hujan masih lagi turun. Di Johor sudah lima hari hujan. Kawasan-kawasan rendah sudah pun ditenggelami air, malah line Internet yang saya gunakan juga tidak begitu stabil capaiannya. Bagi saya seorang, tiada masalah kerana pejabat saya adalah di dalam rumah sendiri. Almaklum saya ini adalah salah seorang pengusaha bisnes SOHO ‘Small Office Home Office’. Tetapi bagaimana anak saya yang perlu ke sekolah dan isteri saya yang ingin ke tempat kerja? “Oh, naik keretalah!” Hoho.. Itulah masalahnya yang saya hadapi sekarang. Kereta saya rosaaak… Oh!

Syukurlah, mujur saya mempunyai alternatif lain agar dapat menghantar anak ke sekolah dan isteri ke tempat kerja iaitu dengan menggunakan motosikal dan tersedianya baju hujan. Walaupun begitu sehari sebelum saya menghantar mereka, saya telah merancang ‘jika’ hujan terlampau lebat atau sebarang kemungkinan lain, yang bakal berlaku, apa yang patut saya lakukan sebagai alternatif kepada pilihan yang sedia ada? Continue reading

Tips Perniagaan

Memulakan Bisnes dengan Kaedah – Bootstrap!

Published by:

Bismillah

Apakah yang dinamakan Bootstrap? Bagi sebilangan dari kita sudah sedia maklum akan maksud bootstrap dalam perniagaan. Bootstrap adalah modal kecil-kecilan dari simpanan atau bermodalkan wang sendiri tanpa meminjam dari sesiapa mahu pun institusi kewangan lain.

Ramai dari kalangan kita ingin memulakan perniagaan tetapi sering mengeluh dan merungut.. “Alamak nak berniaga modal pulak takde.. mana nak cekau nih?” atau mungkin macam ni.. “Macam mana nak buat pinjaman dari bank ye?” Akhirnya hasrat ingin berniaga turut terkubur bersama niat yang pada awalnya untuk berjaya dalam perniagaan.

Terdapat banyak cara untuk kita memulakan perniagaan tanpa membuat pinjaman. (Sesekali jangan terlibat dengan ceti haram.. Namanya pun dah ada perkataan haram, so.. jangan buat pasal.. ) Banyak idea dapat dibuat malah ramai usahawan yang dah pun berjaya dengan bermodalkan kurang dari RM100! Continue reading

Tip Motivasi

Cemburukan Kejayaan Orang Lain

Published by:

Bismillah

Cemburu ni ada baik ada buruknya. Cemburu yang buruk adalah apabila kita cemburu kita akan menghancurkan orang lain tanpa disedari kita akan menjatuhkan sekali diri kita. Cemburu yang baik adalah apabila kita melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain lalu membakar semangat kita untuk bersama mencipta kebahagiaan atau kejayaan orang lain atau mensasarkan untuk lebih baik dari mereka.

Cemburu bercampur gembira apabila saya melihat ramai juga rakan-rakan saya dahulu yang tidak nampak potensi kejayaan mereka tiba-tiba di lihat berjaya memiliki apa yang kebanyakan orang lain impikan dalam hidup mereka. Benar, jika kita belajar setinggi mana pun tetapi kita tiada memiliki semangat serta tindakan untuk berjaya maka kita akan jadi orang yang sama sehingga ke akhir hayat.

Tetapi dalam kehidupan ini memiliki segulung ijazah merupakan satu bonus tetapi lebih baik jika kita berjaya menjadi seorang yang hebat bukan kerana kita memiliki gaji yang besar tetapi berjaya membayar gaji untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. Rakan-rakan saya yang berjaya itu tidak memiliki sebarang ijazah dari sebarang Universiti pun, tetapi apa yang saya kagum adalah kerana usaha yang mereka telah lakukan.

p/s : Saya cemburu dan membakar semangat saya lagi untuk berusaha lebih gigih.