Blogger Tutorial

Signature – Kesan yang Melekat di Minda

**Info ini adalah arkib dari blog saya yang dahulu di j-reka.com (j-reka.blogspot.com) kini saya sudah pindahkan ia ke sini.

 

Bismillah…
pakaian wanita dan signature.
desain blog signature

 

Signature amat penting dalam dunia bisnes internet. Signature boleh didapati pada e-mel, forum, dan banyak lagi medium internet yang membenarkannya. Kesempatan ini sepatutnya tidak kita lupakan kerana fungsinya adalah sangat besar terutama bagi mereka yang menjalankan bisnes internet. Pihak blogger blog juga kini menyediakan banyak fungsi dan kemudahan di dalamnya.
Kalau dulu, kita banyak membuat secara manual, kini ia lebih memudahkan. Cuma terdapat di beberapa bahagian bagi mereka yang tidak biasa dengan kod contohnya di bahagian ‘Edit HTML‘ akan berasa pening sedikit. Sekarang nak letak signature ada caranya. Tak perlu sentiasa nak Copy & Paste kod signature setiap kali memulakan entri baru blog post kita.
Apa kelebihan dan keperluan ada signature untuk setiap blog post kita?
  • Tujuan untuk memberitahu samada berbentuk iklan atau promosi untuk pembaca atau prospek kita.
  • Backlink (Jika buat signature contohnya di forum online)
  • Membuat dan mengukuhkan jenama.
  • Bila sentiasa dilihat, akan melekat di minda pembaca.

 

Jadi bagaimana caranya untuk buat signature ini agar sentiasa secara automatis berada pada setiap entri yang di tulis? Nak tahu? Jom, kita mulakan sekarang!
Langkah 1

sign in dan new post

 

Bila dah Sign in dan memilih blog (Jika di dalam satu akaun lebih dari satu blog), klik butang ‘New post‘. Masukkan imej atau gambar (jika mahu meletakkan gambar). Masukkan teks atau imej lain jika ada.
Langkah 2

edit html

 

Klik butang  ‘HTML‘. Salin semua kod. Kemudian klik butang ‘Save‘ kemudian ‘Close‘ (Tak perlu ‘Publish‘). Tujuan bagi langkah 2 ini hanya untuk mendapatkan kod html sahaja.
Langkah 3

Settings | Post and comments | Post template | Save settings

 

Klik ‘Settings‘. Klik ‘Posts and comments‘. Di bahagian ‘Post Template‘ klik ‘Add‘. Masukkan kod yang kita salin tadi iaitu Paste ke ruangan yang disediakan. Akhir sekali klik butang ‘Save settings
Selesai… Ok sungguh mudah bukan? Lepas ni setiap entri anda akan ada signature anda secara automatis. Paparan ini tidak perlu jika anda berasa kurang perlu. Jika nak, anda boleh teruskan membuatnya.
page break blog

 

Sebelum saya lupa, jika laman utama blog anda terdapat berbilang post/entri, saya syorkan anda gunakan page break. Caranya adalah dengan meletakkan cursor dibahagian yang anda mahu paparkan di laman utama dan klik ikon page break seperti dalam gambar di atas. Jadi pengunjung blog akan berasa selesa kerana jika setiap post adalah paparan penuh, maka paparan signature ini mungkin akan nampak merimaskan mata pengunjung blog anda. Itu pendapat saya sahaja.
Semoga entri kali ini sangat membantu. Apa-apa pun jumpa lagi…
Wassalam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *