GIMP Grafik Tutorial

Teknik Sun Rising atau Jalur Cahaya Matahari

Bismillah..

Banner Header di atas saya buatkan untuk ALUMNI Sekolah Sultan Abdul Jalil (SMK Sultan Abdul Jalil Kluang Johor) yang akan saya masukkan bila-bila masa sahaja lagi. Teknik pancaran matahari ni ala-ala kumpulan muzik rock yang popular satu ketika dulu iaitu kumpulan yang berasal dari Jepun kumpulan Loudness.
Sejak komputer saya ‘down’ saya menghadapi masalah untuk menggunakan Photoshop. Jadi saya bertekad mempelajari sesuatu yang mudah saya dapati siap PERCUMA lagi. Jadi sehingga kini saya menggunakan GIMP –> www.gimp.org
Anda boleh download dengan mudah dan percuma. Penggunaannya juga tidak jauh berbeza dengan photoshop. Biasalah mesti ada perbezaan. Mungkin nama dan istilah yang digunakan, tempat dan paparan. Baiklah, dengan baik hatinya saya tunjukkan bagaimana anda dapat menggunakan teknik ini dengan GIMP.
Selepas anda download dan install, sila buka perisian ni…

Ikuti langkah seperti imej di atas dengan klik ‘File’ — ‘New’

Setkan berapa besar frame yang anda perlukan. Seperti gambar di atas oleh kerana saya mahu buat header untuk group di facebook, saya setkan 800px lebar dan 250px tinggi.

Dapatkan warna yang anda mahukan dengan klik ikon foreground colour seperti imej di bawah.

Apabila sudah pilih warna, klik ‘OK’.

 

Pergi ke ‘Edit’ klik ‘Fill with FG Color’. (Anda juga boleh gunakan ikon imej ‘Bucket Fill’ dan curahkan ke dalam frame. Kesannya sama sahaja)

Seterusnya pergi ke menu –> ‘Filters’ –> ‘Distorts’ –> ‘Blinds’

Ikut setting seperti imej di atas atau anda boleh uji cuba setting berbeza untuk paparan yang berbeza. Bila puashati klik ‘OK’

Sekali lagi klik ‘Filters’ –> ‘Distorts’ –> ‘Polar Coordinates’

Setting boleh ikut seperti imej di atas. Siap klik ‘OK’

Siap!

Jumpa lagi… Wassalam!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *