Blogger Tutorial

Bagaimana Nak Sembunyi Halaman Tertentu

Bismillah…

**Info ini adalah arkib dari blog saya yang dahulu di j-reka.com (j-reka.blogspot.com) kini saya sudah pindahkan ia ke sini.
Di blogger.com, ada cara untuk kita sembunyikan pages atau halaman tertentu yang kita mahukan. Mungkin kita nak buat halaman yang ekslusif bagi ahli sesebuah persatuan atau kelab ataupun mungkin nak bagi link tertentu bagi tujuan yang tertentu.
Bagaimana caranya?
Dimaklumkan sekali lagi. Saya setkan akaun blog saya dalam ‘English’ dan dalam new interface. Jadi tutorial ini adalah mengikut langkah yang ada di dalamnya. Jangan bimbang, kerana ia tidaklah jauh berbeza. Yang penting kita nak kena ingat tujuannya adalah sama.

Bagi anda yang belum buat pages tu, lihat langkah-langkah di bawah. Manakala yang sudah buat pages dan log in, boleh terus ke Tutorial 2…

Tutorial 1

  1. Log in ke Blogger.com
  2. Klik akaun blog anda.
  3. Klik ‘Pages’
  4. Klik ‘New page’ kemudian ‘Blank page’
  5. Isikan tajuk page, teks dan sebagainya bila selesai,
  6. Klik ‘Publish’.

Tutorial 2

layout-pages-edit
  1. Bila anda sudah ada pages, Klik ‘Layout’
  2. Anda akan jumpa layout untuk ‘Pages’ kemudian klik ‘Edit’
    Tanda sembunyi pages
  3. Buang tanda centang pages yang anda mahu sembunyikan.
  4. Klik ‘Save’.

Tutorial 3

halaman
  1. Balik semula ke ‘Pages’
  2. Lihat ‘Hidden’
    Hidden pages
  3. Klik ‘View’ untuk dapatkan alamat URL page blog yang anda sembunyikan tu…
    URL alamat blog
  4. Salin URL tersebut dan simpan di folder dalam komputer anda atau di mana-mana anda rasa perlu.

Selesai…

Ok, salam hormat.. Wassalam!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *