Blogger Tutorial

Sembunyikan Pages Title

**Info ini adalah arkib dari blog saya yang dahulu di j-reka.com (j-reka.blogspot.com) kini saya sudah pindahkan ia ke sini.

Bismillah,

Halaman ada tajuk
Pages yang masih ada Title
Bila saya melihat pada sesetengah tajuk di halaman atau setiap pages di blogger, saya terfikir macam tak kena je, macam tak best je, macam tak cantik je, macam janggal je, macam… Oh hohoho..!
Baru saya terfikir, kenapa tajuk atau title tu nampak macam tak kemas untuk di lihat. Terutama untuk promosi atau membuat sales letter pada sesetengah halaman. Aisehmen, jadi memang patut saya buang atau hilangkan sahaja tajuk-tajuk yang tertentu di halaman blogspot saya.
Halaman yang sudah dihilangkan tajuk
Pages yang sudah dihilangkan Title

Jadi, caranya macam mana?

Apabila anda sudah log in ke akaun blogger anda, lihat bahagian Pages. Oleh kerana saya set bahasa untuk akaun ni dalam English, jadi teksnya adalah ‘Pages‘. Jadi dalam bahasa melayu di blogspot ini istilah sebenarnya sudah tak ingatla.. huhu
Ok, klik ‘Pages‘ > Klik halaman anda seperti contoh di atas, saya namakan halaman saya tu ‘Test 1‘ > Klik ‘HTML
Ruangan pages HTML untuk hilangkan title
Letakkan kod di bawah ini di atas sekali kod dalam ruang HTML tersebut seperti gambar di atas.

<style>
.post h3 {display:none !important;}
</style>

Klik ‘Publish‘ kalau masih belum diterbitkan lagi atau ‘Save‘ atau ‘Update‘.
Ok, selesai. Anda boleh ‘Viewblog pages anda untuk melihat kesan kehilangan tajuk halaman anda tu..
Harap membantu… Jumpa lagi!
Wassalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *