GIMP Grafik Tutorial

Buang Latar Belakang Imej

Bismillah,

Ini adalah arkib dari blog saya terdahulu. Pada waktu saya menulis ni Dato’ Seri Najib baru selesai mengumumkan kabinet dapur barunya. Tak kisahlah, asalkan Malaysia berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera.
Sepatutnya saya keluarkan tips ni lebih awal untuk pembaca blog ni. Tapi tak apa. Tips ini bagi sesiapa yang mahukan imej utama yang diperlukan tiada latarbelakang. Kegunaannya adalah imej yang kita dah buang latar belakang ini kita boleh letakkan sebagai suntingan pada gambar lain. Ia tidak boleh diakhiri dengan  fail imej .jpeg atau jpg, ia perlu diakhiri dengan .png
Jom kita mulakan.

Sekali lagi saya sediakan alamat web GIMP kerana saya sekarang guna GIMP untuk desain saya. Tak payah pening-pening sebab GIMP ni FREE je.. — ¬†www.gimp.org
Bagi yang belum download, boleh download dan install. Kemudian buka perisian GIMP. Di bahagian menu, Klik ‘File‘ — ‘Open‘. Cari gambar yang anda perlukan.

 

Bagi gambar yang berlatar belakang satu warna (biasanya warna putih), prosesnya tidak sukar. Anda hanya perlu klik ikon ‘Fuzzy Select Tool‘, klik pada imej latar belakang dan tekan butang ‘Delete‘ komputer anda. Tapi kali ini saya mahu bagi tips untuk membuang latarbelakang yang penuh.

Jadi, kita perlu gunakan ‘Paths Tool‘ seperti imej di bawah.

 

**Maafkan saya. Saya sepatutnya menggunakan gambar yang ada latarbelakangnya. Tapi di waktu ini saya tidak berjumpa imej yang sesuai. Jadi saya gunakan gambar yang latarbelakangnya adalah satu warna iaitu berwarna putih. Jadi anggapkan warna putih tersebut adalah latarbelakang yang penuh dengan pelbagai corak/imej/warna yang tidak diperlukan.

 

 

Seperti imej di atas, saya klik ikon ‘Paths Tool‘ kemudian saya memulakan dari bawah yaitu titik permulaan yang anda dapat lihat dari seluar mat botak ni naik ke atas mengikuti setiap susuk yang kita perlukan untuk imej yang kita perlukan nanti.

 

 

Lihat, saya sudah membuat titik mengelilingi mat botak ni sampai ke titik terakhir yang saya tunjukkan pada anak panah warna merah seperti di dalam gambar di atas. Kemudian anda perlu cantumkan titik tersebut dengan titik permulaan seperti ditunjukkan dari anak panah berwarna biru tersebut dengan klik butang ‘Ctrl‘ komputer anda dan klik mouse anda. Ok, selesai mencantumkan titik tersebut.

 

Pada bahagian menu, klik ‘Select‘ — ‘From Path‘. Gambar yang anda hendak potong tu sudah ada titik-titik halus.

 

Kemudian di bahagian Layers di tepi tu klik kanan mouse anda pada imej kecil dan klik ‘Add Alpha Channel‘.

 

Di bahagian menu pula klik ‘Select‘ — ‘Invert‘ dan kemudian klik butang ‘Delete‘ komputer anda.

Klik ‘Select‘ semula dan klik ‘None‘. Lihat, latarbelakang sudah tiada kan? hehe..

Terpulang kepada anda jika untuk kerja ini anda mahu ‘Save‘ atau tidak. Apa yang penting klik ‘File‘ — klik ‘Export…

 

Namakan fail imej anda dan extensionnya adalah .png seperti yang ditanda dengan anak panah berwarna merah seperti di dalam gambar di atas. kemudian klik ‘Export‘. Dan akhirnya akan keluar lagi satu kotak dailog(imej kotak dailog tiada disertakan bersama tutorial ini) dengan klik lagi ‘Export‘ dan siap untuk digunakan.

Selesai.

~ Saya tidaklah meletakkan watermark pada setiap gambar yang saya sudah usaha buatkan, tapi kalau nak ambil, kreditkanlah gambar-gambar saya atas nama blog ni.

Wassalam!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *