Category Archives: GIMP

GIMP Grafik Tutorial

Buang Latar Belakang Imej

Published by:

Bismillah,

Ini adalah arkib dari blog saya terdahulu. Pada waktu saya menulis ni Dato’ Seri Najib baru selesai mengumumkan kabinet dapur barunya. Tak kisahlah, asalkan Malaysia berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera.
Sepatutnya saya keluarkan tips ni lebih awal untuk pembaca blog ni. Tapi tak apa. Tips ini bagi sesiapa yang mahukan imej utama yang diperlukan tiada latarbelakang. Kegunaannya adalah imej yang kita dah buang latar belakang ini kita boleh letakkan sebagai suntingan pada gambar lain. Ia tidak boleh diakhiri dengan  fail imej .jpeg atau jpg, ia perlu diakhiri dengan .png
Jom kita mulakan.

Continue reading

GIMP Grafik Tutorial

Teknik Sun Rising atau Jalur Cahaya Matahari

Published by:

Bismillah..

Banner Header di atas saya buatkan untuk ALUMNI Sekolah Sultan Abdul Jalil (SMK Sultan Abdul Jalil Kluang Johor) yang akan saya masukkan bila-bila masa sahaja lagi. Teknik pancaran matahari ni ala-ala kumpulan muzik rock yang popular satu ketika dulu iaitu kumpulan yang berasal dari Jepun kumpulan Loudness.
Sejak komputer saya ‘down’ saya menghadapi masalah untuk menggunakan Photoshop. Jadi saya bertekad mempelajari sesuatu yang mudah saya dapati siap PERCUMA lagi. Jadi sehingga kini saya menggunakan GIMP –> www.gimp.org