Info

Smartphone jadi Modem Komputer untuk CMS Web

Published by:

Bismillah

Bila anda guna Web berasaskan CMS – Content Management System seperti Blog contohnya Blogger.Com, Web Beli Belah seperti Ebay adalah sukar jika sebagai pemilik membuat urusan kerja pada Smartphone yang OS – Operating System nya berasaskan seperti OS Android.

Bukan masalah Android sebenarnya. Sebenarnya bila kita buat kerja pada skrin yg kecil, kita perlukan kesesuaian yg menepati kemudahan di skrin yang kecil. Sebab itu terciptanya Apps untuk menyesuaikannya pada ruangan yang terhad.

Sebagai pemilik sebuah syarikat jualan yang besar mereka akan jadikan web mereka sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna smartphone yang dapat di pasang (install) ke smartphone. Begitu juga jika hanya sebagai pengguna.

Sebab itu pemilik akan memikirkan cara terbaik bagi memastikan website mereka dapat di akses pengguna smartphone memandangkan pengguna internet melalui smartphone semakin besar penggunaannya. Nak taknak kena buat juga aplikasi web khas pengguna smartphone.

Tetapi terdapat juga masalah lain jika sebuah laman web itu ada modifikasi pihak ke-3 yang tidak support format yang disediakan penyedia seperti blogger.com, walaupun sudah install aplikasi blogger. Masalah biasa adalah seperti memasukkan gambar, Teks setting yang terhad juga setting-setting yang lain yang terhad. Continue reading

Blogger Info

Naked Domain dan Custom Domain

Published by:

Bismillah,
Baru-baru ni ada beberapa pelanggan saya bercakap berkenaan naked domain dan ‘replika’ web/blog. Kadang-kadang apabila ditanya secara terus atau direct call oleh pelanggan saya, saya akan blur sekejap apabila perkara tersebut jarang dipersoalkan atau jarang saya mengambil servis berkenaannya. Sebab banyak istilah berkaitan web/blog atau internet ni. Terutama bagi saya, memang banyak nak kena ingat. Jadi, kepada yang bertanya secara terus, maafkanlah saya jika saya tak ingat dan berikan saya masa untuk ingat kembali istilah-istilah yang ditanyakan ye..
Contoh lagi sebelum ini ada yang bertanya CMS web tu apa? Saya tahu CMS Web tapi nak re-call maksud CMS tu… Kekadang masa tu plak dia boleh lupa. Selalu ingat je. Ok. Kalau saya tak terangkan dengan detail, maklumla nak terangkan satu persatu secara detail memang mengambil masa yang panjang dan tenaga yang banyak di bulan Ramadan ni, jadi saya terangkan secara ringkas aje la ye…
Naked Domain dan Custom Domain
Naked domain atau domain telanjang (hehe..) adalah domain yang boleh diperolehi secara percuma tertakluk kepada syarat dan tempoh masa yang ditetapkan. Naked domain boleh diperolehi. Biasanya ia akan di buat menggunakan platfom blogger blog – blogspot. Contoh : http://www.bloganda.blogspot.com kepada http://bloganda.com

Continue reading

Blogger Tutorial

Signature – Kesan yang Melekat di Minda

Published by:

**Info ini adalah arkib dari blog saya yang dahulu di j-reka.com (j-reka.blogspot.com) kini saya sudah pindahkan ia ke sini.

 

Bismillah…
pakaian wanita dan signature.
desain blog signature

 

Signature amat penting dalam dunia bisnes internet. Signature boleh didapati pada e-mel, forum, dan banyak lagi medium internet yang membenarkannya. Kesempatan ini sepatutnya tidak kita lupakan kerana fungsinya adalah sangat besar terutama bagi mereka yang menjalankan bisnes internet. Pihak blogger blog juga kini menyediakan banyak fungsi dan kemudahan di dalamnya.
Kalau dulu, kita banyak membuat secara manual, kini ia lebih memudahkan. Cuma terdapat di beberapa bahagian bagi mereka yang tidak biasa dengan kod contohnya di bahagian ‘Edit HTML‘ akan berasa pening sedikit. Sekarang nak letak signature ada caranya. Tak perlu sentiasa nak Copy & Paste kod signature setiap kali memulakan entri baru blog post kita.
Blogger Tutorial

SEO Mudah dari Blogspot

Published by:

**Info ini adalah arkib dari blog saya yang dahulu di j-reka.com (j-reka.blogspot.com) kini saya sudah pindahkan ia ke sini.

Bismillah..

Hmm.. Saya dah cuba untuk masukkan entri pos ni dalam masa kurang dari seminggu kerana sepatutnya saya dah keluarkan entri lain untuk hari ini.. huhu memang tak sempat. Ni pun saya akan keluarkan tutorial bertulis dulu, video inshaAllah akan masuk kemudian.
Beberapa hari yang lepas bila saya buatkan blog untuk pelanggan saya, saya ada selidik kesan SEO(Search Engine Optimization) bagi pesaing kepada pelanggan saya. Kekadang, saya rasa sedih kekadang saya rasa gembira. Sebab apa? Sedih sebab ramai yang tak menitik beratkan kesan SEO dalam blog atau web mereka. Dan yang gembiranya adalah peluang untuk mengatasi pesaing sangat cerah! hehe..
Siapa kata pengguna blogspot tak mesra SEO? Bahkan kini pihak blogger blog sudah menyediakan kemudahan yang sehabis mudah bagi para penggunanya. Cuma kita perlu double-check di bahagian ‘Edit Template’ sahaja.
Bagaimana caranya? Lihat tutorial berikut…
Tutorial

Mencari Keyword untuk SEO

Published by:

Bismillah…

Sepatutnya bukan hari ini saya menulis di sini, lagi pun saya telah menulis entri terkini beberapa hari yang lepas. Tapi entri ini sebenarnya adalah kesinambungan bagi entri saya yang terdahulu yang mana saya telah berjanji untuk membuat dan menyiarkannya khas untuk anda.
Di bawah adalah video pertama di mana menerangkan sesuatu yang kita selalu buat, tetapi tak perasan ada sesuatu yang lebih bermanfaat jika seseorang mempunyai bisnes atau website ataupun blog. Cara ini paling mudah dan paling cepat tetapi tiada pengkhususan dan tidak detail.