Profil

Bismillah,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terimakasih kerana telah berkunjung ke blog saya ni. Blog ini adalah kesinambungan bagi blog saya yang terdahulu di j-reka.com, saya akan menulis sepenuhnya berkenaan perkara teknikal, tips dan tutorial blog dan platform pemasaran yang lain. Selain itu jika ada info servis baharu akan di paparkan di sini.

Selain itu, boleh lah tinjau-tinjau laman yang saya sediakan diruangan menu. Klik dan anda tahu apa yang dapat membantu anda dari produk atau servis yang saya sudah sediakan. Mana tahu perkara tersebut akan membantu mencapai impian anda menjadi lebih berjaya.

Saya akan terangkan seringkas mungkin berkenaan saya dan apa yang saya boleh bantu anda dalam menambah nilai hidup anda melalui ilmu teknikal platform pemasaran. Itulah pekerjaan saya selain memberi ilmu pemasaran ketika ini.

Saya berasal dari Kluang, Johor. Sejak dari bangku sekolah lagi saya sudah mula berniaga membantu ibu dan nenek saya. Selepas habis SPM, saya mengikut bapa saudara saya di awal subuh berniaga ikan dan sayuran. Dah macam-macam kerenah orang yang saya jumpa pada ketika itu.

Pada awal 20-an iaitu selepas tamat pembelajaran lanjutan saya di Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka saya bekerja sebagai juruteknik. (sekarang ni pekerjaan juruteknik adalah di dalam kelas Profesional oleh MOSTI). Kalau dalam kilang mereka lebih tahu sebagai mekanik dalam maintenance department. Saya buat bisnes sambilan dengan berniaga mail order iaitu menjual buku Resell Right atau buku hak jualan semula.

Pada tahun 2007, buat pertama kalinya bisnes saya telah pun didaftarkan. Pada tahun yang sama saya banyak terarah kepada bisnes online dengan menjual produk digital kemudian baru saya membuat biz perkhidmatan atau menjadi  freelancer membuat laman web dan blog.

mekanik bisnes logo

…saya repair bisnes anda..!

Jenama Mekanik Bisnes

Dari mana asalnya idea meletakkan nama Mekanik Bisnes? Seperti yang saya telah maklumkan di atas tadi, perkataan ‘Mekanik’ adalah kerana saya pernah bekerja sebagai juruteknik yang kerjanya menjaga, memulih, menambah baik dan memodifikasi alatan dan mesin menjadi lebih produktif.

Apabila saya menceburkan dalam bisnes, saya mempunyai ilmu serta pengalaman yang dapat saya kongsikan pula buat mereka yang memerlukan. Sebab itu jika seseorang pernah gagal, saya akan dapatkan puncanya dahulu dan memperbaiki kelemahan mereka dari ilmu dan pengalaman saya.

Jenama mekanik bisnes saya rasakan unik. Saya banyak idea terutama berkenaan penjenamaan. Jenama penting untuk pemasaran. Jika jenama anda hebat mungkin ada yang ‘menangguk di air yang keruh’ mengambil jenama anda untuk produk mereka.

Tetapi siapa yang mencipta, teruskan istiqomah. Lihat sahaja jenama seperti minuman kola dari Coca-Cola. Walaupun ada yang meniru konsep, rasa, bahkan penggunaan nama, tetapi tetap orang ramai akan memilih si ‘pendahulu’. Yang penting, teruskan usaha gigih anda.

Bisnes Mekanik Bisnes

Di bawah jenama Mekanik Bisnes ini apa juga yang berkaitan ilmu perniagaan seperti bengkel, bimbingan peribadi, konsultasi, produk ilmu bisnes seperti video dan e-buku akan ditawarkan buat anda yang memerlukan ilmu ini. In sha Allah dipanjangkan umur dimurahkan rezeki akan lebih luas lagi skop atas jenama ini. Bagi melihat apa yang saya sediakan buat anda, anda boleh klik di halaman utama DI SINI.

Guru dan mentor saya…

Banyak… Selain mengkaji dari buku, seminar, bengkel, personal coaching, saya mempunyai ramai guru-guru bisnes yang hebat. Yang sudah mempunyai syarikat besar dan terkenal. Dan dalam bidang perniagaan internet saya mempunyai mentor iaitu jutawan tersohor negara iaitu Dr. Irfan Khairi.

Ok lah.. Saya rasa sampai setakat itu ajelah ye. Sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kerana sudi berkunjung ke sini…

Adios..!

mekanik bisnes

Dari meja S.O.H.O (Small Office Home Office),

Hairizal Hamidon

No. Perniagaan : JM0677356-P