Tips dan Tutorial Blog » Blog Archives

Tag Archives: SEO

Blogger Tutorial

SEO Mudah dari Blogspot

Published by:

**Info ini adalah arkib dari blog saya yang dahulu di j-reka.com (j-reka.blogspot.com) kini saya sudah pindahkan ia ke sini.

Bismillah..

Hmm.. Saya dah cuba untuk masukkan entri pos ni dalam masa kurang dari seminggu kerana sepatutnya saya dah keluarkan entri lain untuk hari ini.. huhu memang tak sempat. Ni pun saya akan keluarkan tutorial bertulis dulu, video inshaAllah akan masuk kemudian.
Beberapa hari yang lepas bila saya buatkan blog untuk pelanggan saya, saya ada selidik kesan SEO(Search Engine Optimization) bagi pesaing kepada pelanggan saya. Kekadang, saya rasa sedih kekadang saya rasa gembira. Sebab apa? Sedih sebab ramai yang tak menitik beratkan kesan SEO dalam blog atau web mereka. Dan yang gembiranya adalah peluang untuk mengatasi pesaing sangat cerah! hehe..
Siapa kata pengguna blogspot tak mesra SEO? Bahkan kini pihak blogger blog sudah menyediakan kemudahan yang sehabis mudah bagi para penggunanya. Cuma kita perlu double-check di bahagian ‘Edit Template’ sahaja.
Bagaimana caranya? Lihat tutorial berikut…
Tutorial

Mencari Keyword untuk SEO

Published by:

Bismillah…

Sepatutnya bukan hari ini saya menulis di sini, lagi pun saya telah menulis entri terkini beberapa hari yang lepas. Tapi entri ini sebenarnya adalah kesinambungan bagi entri saya yang terdahulu yang mana saya telah berjanji untuk membuat dan menyiarkannya khas untuk anda.
Di bawah adalah video pertama di mana menerangkan sesuatu yang kita selalu buat, tetapi tak perasan ada sesuatu yang lebih bermanfaat jika seseorang mempunyai bisnes atau website ataupun blog. Cara ini paling mudah dan paling cepat tetapi tiada pengkhususan dan tidak detail.