Tips dan Tutorial Blog » Blog Archives

Tag Archives: Signature

Blogger Tutorial

Signature – Kesan yang Melekat di Minda

Published by:

**Info ini adalah arkib dari blog saya yang dahulu di j-reka.com (j-reka.blogspot.com) kini saya sudah pindahkan ia ke sini.

 

Bismillah…
pakaian wanita dan signature.
desain blog signature

 

Signature amat penting dalam dunia bisnes internet. Signature boleh didapati pada e-mel, forum, dan banyak lagi medium internet yang membenarkannya. Kesempatan ini sepatutnya tidak kita lupakan kerana fungsinya adalah sangat besar terutama bagi mereka yang menjalankan bisnes internet. Pihak blogger blog juga kini menyediakan banyak fungsi dan kemudahan di dalamnya.
Kalau dulu, kita banyak membuat secara manual, kini ia lebih memudahkan. Cuma terdapat di beberapa bahagian bagi mereka yang tidak biasa dengan kod contohnya di bahagian ‘Edit HTML‘ akan berasa pening sedikit. Sekarang nak letak signature ada caranya. Tak perlu sentiasa nak Copy & Paste kod signature setiap kali memulakan entri baru blog post kita.